Pesawat Korean Air terbabas di lapangan terbang Cebu; tiada kecederaan dilaporkan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesawat Korean Air terbabas di lapangan terbang Cebu; tiada kecederaan dilaporkan

Oct 24, 2022 | 4:01 PM

Pesawat Korean Air terbabas di lapangan terbang Cebu; tiada kecederaan dilaporkan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pesawat Airbus SE A330 yang terbang dari Seoul ke Cebu itu telah cuba mendarat dua kali dalam keadaan cuaca buruk sebelum ia terlajak melepasi landasan pada percubaan ketiga pada 11.07 malam waktu tempatan.
Pesawat Airbus SE A330 yang terbang dari Seoul ke Cebu itu telah cuba mendarat dua kali dalam keadaan cuaca buruk sebelum ia terlajak melepasi landasan pada percubaan ketiga pada 11.07 malam waktu tempatan. - - Foto EPA-EFE

MANILA: Sebuah pesawat Korean Air yang membawa 173 orang terbabas dari landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Cebu di Filipina lewat semalam (23 Oktober).

Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu, tiada kecederaan telah dilaporkan dan semua penumpang telah dipindahkan dengan selamat.

Pesawat Airbus SE A330 yang terbang dari Seoul ke Cebu itu telah cuba mendarat dua kali dalam keadaan cuaca buruk sebelum ia terlajak melepasi landasan pada percubaan ketiga pada 11.07 malam waktu tempatan, kata Korean Air pada Isnin (24 Okt).

"Penumpang telah dibawa ke tiga hotel tempatan dan penerbangan alternatif sedang diaturkan.

"Kami sedang mengenal pasti punca kejadian," kata syarikat penerbangan itu mengenai penerbangan KE361.

Video dari tempat kejadian yang disahkan oleh Reuters menunjukkan kerosakan besar pada pesawat itu. Gear pendaratan depan kelihatan telah musnah.

Presiden Korean Air, Encik Keehong Woo, mengeluarkan surat permohonan maaf berhubung penerbangan itu di laman web syarikat penerbangan tersebut, menyatakan bahawa siasatan menyeluruh akan dilakukan. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg