Pesawat milik jutawan Branson jaya ujian luncur roket

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesawat milik jutawan Branson jaya ujian luncur roket

Jan 19, 2021 | 5:30 AM

Pesawat milik jutawan Branson jaya ujian luncur roket

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SATU KEJAYAAN: Syarikat yang berpangkalan di The Long Beach, California itu melancarkan roket LauncherOne dari pertengahan udara dari pesawat Boeing 747 yang diubahsuai dan dinamakan sebagai 'Cosmic Girl' kira-kira 35,000 kaki di Lautan Pasifik pada 11.39 pagi waktu setempat selepas enjin NewtonThree meluncur dengan sendiri untuk keluar dari ruang angkasa bumi menuju ke angkasa raya. - Foto AFP
SATU KEJAYAAN: Syarikat yang berpangkalan di The Long Beach, California itu melancarkan roket LauncherOne dari pertengahan udara dari pesawat Boeing 747 yang diubahsuai dan dinamakan sebagai 'Cosmic Girl' kira-kira 35,000 kaki di Lautan Pasifik pada 11.39 pagi waktu setempat selepas enjin NewtonThree meluncur dengan sendiri untuk keluar dari ruang angkasa bumi menuju ke angkasa raya. - Foto AFP -

WASHINGTON: Pesawat angkasa lepas milik jutawan, Encik Richard Branson, buat julung-julung kali kelmarin berjaya dalam ujian peluncuran roket, yang membawa satelit Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) ke angkasa raya dan mencatat pencapaian bersejarah selepas membatalkan peluncurannya tahun lalu.

Syarikat yang berpangkalan di The Long Beach, California itu melancarkan roket LauncherOne dari pertengahan udara dari pesawat Boeing 747 yang diubahsuai dan dinamakan sebagai 'Cosmic Girl'

Ia berada kira-kira 35,000 kaki di Lautan Pasifik pada 11.39 pagi waktu setempat selepas enjin NewtonThree meluncur dengan sendiri untuk keluar dari ruang angkasa bumi menuju ke angkasa raya, menunjukkan keupayaannya dalam usaha projek penerokaan angkasa itu.

"Menurut telemetri, LaucherOne, telah sampai ke orbit!, umum syarikat itu di Twitter semasa misi ujian, yang dinamakan sebagai Demo2.

"Ini menunjukkan betapa usaha kita telah berjaya," katanya.

Sekitar dua jam selepas 'Cosmic Girl' berlepas dari pelabuhan di selatan California, roket peluncur 700 kaki itu berjaya melepaskan 10 satelit kecil di orbit untuk Nasa.

Roket itu disesuaikan untuk membawa satelit kecil ke ruang angkasa.

Kejayaan ujian itu dan pengerahan satelit merupakan satu kejayaan berganda untuk Virgin Orbit, yang tahun lalu gagal dalam percubaannya. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg