Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pesawat Nepal terhempas: 14 mayat ditemui sejauh ini

May 31, 2022 | 05:30 AM



POKHARA: Pasukan penyelamat Nepal berjaya mengeluarkan 14 mayat penumpang dari bangkai pesawat yang terhempas selepas dilaporkan hilang kelmarin.



Pesawat yang membawa seramai 22 orang penumpang ditemui berkecai di kawasan pergunungan.



Pesawat Twin Otter yang dikendalikan Tara Air itu dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan sejurus berlepas dari Pokhara di barat Nepal pagi semalam, ketika sedang menuju ke Jomsom, tempat tujuan popular bagi kegiatan mendaki gunung.



Helikopter yang dikendalikan oleh tentera dan syarikat swasta menjelajah kawasan pergunungan terpencil sepanjang hari semalam dengan dibantu pasukan darat, namun terpaksa menghentikan pencarian menjelang malam berikutan cuaca buruk menghalang operasi terbabit di kawasan sekitar 3,800 hingga 4,000 meter di atas paras laut.



Operasi diteruskan semula semalam dengan pasukan tentera berkongsi di media sosial gambar bahagian pesawat dan serpihan lain yang berkecai di lereng gunung.



Bahagian sayap pesawat yang tertera nombor pendaftaran 9N-AET jelas kelihatan dalam imej itu.



Empat warga India, dua warga Jerman dan selebihnya warga Nepal, terbabit dalam nahas itu.



Sehingga kini, tiada maklumat mengenai punca nahas.



Pihak Berkuasa Penerbangan Awam mengesahkan pesawat itu terbabit nahas pada ketinggian 4,420 meter di kawasan Sanosware, perbandaran luar bandar Thasang di daerah Mustang.



"14 mayat dijumpai setakat ini dan pencarian masih diteruskan. Cuaca sangat buruk tetapi kami berhasil membawa satu pasukan ke lokasi nahas. Tiada penerbangan lain dapat dilakukan," kata jurucakap pihak berkuasa, Encik Deo Chandra Lal Karn, kepada agensi berita AFP.



Sementara itu, Jurucakap Lapangan Terbang Pokhara, Encik Dev Raj Subedi, berkata pasukan penyelamat melakukan usaha menjejaki dengan berpandukan isyarat GPS, peranti mudah alih dan satelit untuk mengecilkan skala pencarian.



Seorang pegawai tempatan, Encik Pradeep Gauchan, berkata serpihan itu berada pada ketinggian sekitar 3,800 hingga 4,000 meter dari paras laut.



"Keadaan ini membuatkan amat sukar untuk tiba dengan berjalan kaki. Satu pasukan diturunkan berhampiran kawasan itu dengan helikopter tetapi dengan cuaca kini yang berawan, penerbangan tidak dapat dilakukan," katanya ketika ditemu bual awal pagi semalam.



"Helikopter bersiap sedia menunggu sehingga cuaca baik," katanya.



Menurut laman web Rangkaian Keselamatan Penerbangan, pesawat itu dihasilkan syarikat de Havilland dari Canada dan membuat penerbangan pertamanya kira-kira 40 tahun lalu.



Tara Air ialah anak syarikat Yeti Airlines, syarikat penerbangan domestik milik persendirian yang menyediakan perkhidmatan ke banyak destinasi terpencil di serata Nepal.



Kemalangan maut terakhir membabitkan pesawatnya adalah pada 2016 di laluan yang sama apabila sebuah pesawat dengan 23 penumpang terhempas ke lereng gunung di daerah Myagdi.



Industri udara Nepal berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bagi perkhidmatan membawa barangan dan orang ramai ke kawasan yang sukar dikunjungi serta pengembara dan pendaki asing. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >