Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesawat Nepal yang terhempas ditemui, 14 mayat dikeluarkan dari bangkai pesawat

May 30, 2022 | 4:35 PM
c034395c-f8f5-47ab-8ea2-0fdbe7a026ed
- AFP

PASUKAN penyelamat Nepal berjaya mengeluarkan 14 mayat penumpang dari bangkai pesawat yang terhempas selepas dilaporkan hilang pada Ahad (29 Mei). Pesawat yang membawa seramai 22 orang penumpang ditemui Isnin (30 Mei) berkecai di kawasan pergunungan.

Pesawat Twin Otter yang dikendalikan Tara Air itu dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan sejurus berlepas dari Pokhara di barat Nepal pagi Ahad, ketika sedang menuju ke Jomsom, tempat tujuan popular bagi kegiatan mendaki gunung. Semasa operasi menyelamat diteruskan semula pada Isnin, setelah dihentikan selama hampir sehari akibat cuaca buruk, pasukan tentera Nepal berkongsi di media sosial gambar bahagian pesawat dan serpihan lain yang berkecai di lereng gunung.

Bahagian sayap pesawat yang tertera nombor pendaftaran 9N-AET jelas kelihatan dalam imej itu. Empat warga India, dua warga Jerman dan selebihnya warga Nepal, terbabit dalam nahas itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg