Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pesawat terlepas mendarat dek juruterbang tertidur

Aug 20, 2022 | 09:30 PM



NAIROBI: Syarikat penerbangan terbesar Afrika, Ethiopia Airlines, berkata ia telah menggantung dua juruterbang gara-gara tertidur dan terlepas pendaratan ketika penerbangan dari Khartoum ke Addis Ababa.



Pesawat itu terlepas untuk mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bole di ibu negara Habsyah pada Isnin lalu sebelum mendarat dengan selamat, menurut laman pengesan penerbangan FlightAware.



Laman berita bebas The Aviation Herald, berkata juruterbang tertidur ketika penerbangan dan hanya dikejutkan oleh penggera yang dicetuskan apabila mod autopilot diputuskan sambungan.



Pesawat itu berpusing kembali ke darat 25 minit kemudian, menurut data penerbangan.



Ethiopia Airlines berkata, penerbangan ET343 terputus komunikasi buat sementara waktu dengan kawalan trafik udara, tetapi mendarat dengan selamat selepas ia dipulihkan.



"Krew berkenaan dikeluarkan daripada operasi sementara menunggu siasatan lanjut," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan tanpa menyatakan sama ada juruterbang tertidur.



"Tindakan pembetulan yang sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan," katanya.



Penerbangan antara dua ibu kota biasanya mengambil masa kurang dari dua jam.



Penganalisa penerbangan yang berpangkalan di London, Encik Alex Macheras, menyifatkan kejadian itu sebagai 'sangat membimbangkan', dan menyalahkan masalah keletihan yang meluas yang menimbulkan ancaman besar kepada keselamatan udara.



"Kepenatan juruterbang bukanlah perkara baharu dan terus menimbulkan salah satu ancaman paling ketara terhadap keselamatan udara, di peringkat antarabangsa," tulisnya di Twitter.



Pada Mac 2019, sebuah pesawat Boeing 737 MAX dikendalikan oleh Habsyah terhempas enam minit selepas berlepas di sebuah padang di tenggara Addis Ababa, mengorbankan semua 157 orang di dalamnya.



Bencana itu, lima bulan selepas nahas serupa di Indonesia mencetuskan pembumian global jet selama 20 bulan sebelum ia kembali beroperasi pada akhir 2020. 



Ethiopia Airlines, adalah 100 peratus syarikat milik negara, melaporkan pulangan AS$3.51 bilion ($4.88 bilion) untuk tahun fiskal 2020-2021. - AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >