Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB lawat China

May 24, 2022 | 05:30 AM



BEIJING/GENEVA: Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Cik Michelle Bachelet, semalam memulakan lawatannya ke China - lawatan pertama oleh pemegang jawatan itu sejak 2005 - di tengah-tengah kebimbangan bahawa ia boleh membawa kepada pengesahan dan bukannya penelitian terhadap rekod hak asasi China.



Semasa lawatan sepanjang enam hari itu, Cik Bachelet akan mengunjungi Xinjiang, di mana Pejabat Pesuruhjaya Tinggi berkata tahun lalu ia percaya kebanyakan etnik Uyghur yang beragama Islam telah ditahan secara tidak sah, dianiaya dan dipaksa bekerja.



"Tujuan lawatannya adalah untuk memberi tumpuan kepada dialog dengan pihak berkuasa China mengenai pelbagai isu hak asasi manusia domestik, serantau dan global," kata pejabat Cik Bachelet awal minggu ini.



China telah berulang kali menafikan sebarang penganiayaan terhadap Uyghur.



Lawatan dari 23 hingga 28 Mei ini telah lama dirancangkan selepas Bachelet berkata pada 2018 bahawa beliau inginkan akses tanpa halangan ke Xinjiang.



China berkata lawatan itu tidak seharusnya berdasarkan anggapan bersalah. Tidak jelas berapa banyak akses Cik Bachelet akan diberikan.



Kumpulan hak asasi manusia bimbang jika Cik Bachelet tidak memberi tekanan yang mencukupi terhadap China, laporan selepas lawatannya mungkin tidak memberikan gambaran penuh dan boleh digunakan oleh Beijing untuk mewajarkan tindakannya di Xinjiang.



Kongres Uyghur Sedunia dalam sepucuk surat menggesa Cik Bachelet memastikan pasukannya boleh bergerak bebas, mengakses semua kemudahan tahanan dan mempunyai hubungan tanpa pengawasan dengan Uyghur.



"Kami bimbang lawatan itu mungkin mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.



"China boleh menggunakannya untuk tujuan propaganda," kata jurucakap Kongres, Cik Zumretay Arkin kepada Reuters.



Pemeriksaan antarabangsa terhadap tindakan pemerintah China di Xinjiang meningkat pada 2018 selepas PBB menyatakan satu juta Uyghur telah ditahan di "khemah tahanan besar-besaran" yang ditubuhkan untuk indoktrinasi politik.



China pada mulanya menafikan kewujudan sebarang kem, kemudian mengakui ia telah menubuhkan "pusat latihan vokasional" dengan dormitori di mana orang ramai boleh "secara sukarela" menyemak diri mereka untuk belajar tentang undang-undang, bahasa Cina dan kemahiran vokasional.



Parti Komunis yang memerintah berkata pusat seperti itu perlu untuk membendung "Tiga Angkatan" keganasan, pengasingan dan radikalisme agama di Xinjiang, yang bersempadan dengan Asia Tengah di sempadan barat laut China. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >