Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Petani dari Sarawak lelaki tertua di M'sia, diberi vaksin Covid-19

Sep 06, 2021 | 05:30 AM



KUCHING: Petani dari Saratok, Sarawak, Encik Seliman Bandang, yang berusia 111 tahun diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) sebagai lelaki tertua di negara ini.



Dan baru-baru ini, beliau telah menerima suntikan Covid-19 bagi melindungi dirinya.



Dilahirkan pada 21 Mac 1910, Encik Seliman gembira ketika pengumuman itu dilakukan secara langsung di laman Facebook MBR baru-baru ini.



Beliau sempat berkongsi rahsia dan pengalaman kehidupannya kepada penonton menerusi cucunya, Encik Micheal Bandang Tinggai, 24 tahun, yang dikendalikan oleh Pengarah Pemasaran MBR, Encik Jwan Heah.



Encik Micheal berkata datuknya adalah individu yang selalu berfikiran positif dan menjalani kehidupan harian tanpa tekanan, selain pemakanan seimbang.



"Sejak dulu lagi, datuk suka makan ikan pansuh iaitu ikan yang dibakar dalam buluh dan banyak makan sayur kampung yang direbus seperti buah labu.



"Kebiasaannya datuk tidur pada 9 malam dan bangun 7.30 pagi setiap hari, dia mengambil sarapan dengan minum teh dengan adakalanya susu bersama roti.



"Mungkin itu rahsia umur datuk panjang," katanya, lapor Berita Harian Malaysia.



Encik Michael berkata rutin harian datuknya adalah berbual bersama cucu dan cicitnya, manakala pada waktu petang pula gemar melawat saudara-mara berdekatan.



"Isteri datuk meninggal dunia pada 1983 dan mereka ada dua anak angkat, sembilan cucu dan 13 cicit," kongsinya.



Beliau berkata datuknya gembira melihat pembangunan pesat di Sarawak dan negara ini sepanjang usia melebihi 100 tahun.



Sementara itu, Encik Jwan Heah berkata tidak banyak individu di dunia dapat melalui fasa kehidupan seperti dilalui Encik Seliman.



"Kita mendoakan Encik Seliman terus menikmati kehidupan seperti individu lain bersama keluarganya," katanya.



Menurut satu laporan media sebelum ini, Cik A. Annamah telah diiktiraf MBR sebagai wanita tertua di Malaysia dan meraikan ulang tahunnya yang ke-110 Mac lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >