Pewaris Kumpulan Samsung ke mahkamah bagi kes waran tangkap
Pewaris Kumpulan Samsung ke mahkamah bagi kes waran tangkap
Jun 8, 2020 | 11:15 AM
HADAPI UNDANG-UNDANG: Pewaris syarikat konglomerat berbilang negara Korea Selatan, Kumpulan Samsung, Encik Jay Y. Lee, hadir di mahkamah hari ini. - - Foto: REUTERS
SEOUL: Pewaris syarikat konglomerat berbilang negara Korea Selatan, Kumpulan Samsung, Encik Jay Y. Lee, hadir di mahkamah hari ini bagi menghadapi perbicaraan untuk menentukan apakah beliau harus dipenjara atas tuduhan melakukan penipuan perakaunan, yang merupakan langkah pelanggaran terkininya ke atas undang-undang Korea Selatan.
Mahkamah Daerah Pusat Seoul dijangka memutuskan apakah akan mengeluarkan waran untuk penangkapan Lee pada lewat hari ini atau awal hari esok.
Encik Lee, 51 tahun, memakai pelitup dan sut gelap, tidak menjawab pertanyaan wartawan sebelum memasuki mahkamah. - Reuters

