Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PH, BN gabung bentuk kerajaan di Perak

Nov 22, 2022 | 05:30 AM



IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Perak, petang semalam.



Awal daripada itu, dalam satu sidang media di pekarangan Istana Kinta di Ipoh, Ahli Dewan Negeri Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini, berkata Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sudah mempersembah nama seramai 33 Adun yang menyokong gabungan itu kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.



Tambahnya, untuk bersikap adil, Sultan Nazrin turut menitahkan Timbalan Pengerusi 1 Perikatan Nasional (PN) Perak, Encik Razman Zakaria, dan Setiausaha PN Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, menghadapnya.



Kedua-dua wakil PN itu kemudian mengakui bahawa mereka tidak mempunyai jumlah sokongan Adun yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri Perak.



"Oleh kerana wakil daripada PN tidak membantah, tidak mengatakan mereka juga ada angka, jadi Duli Yang Maha Mulia berpuas hati dengan apa dipersembahkan BN dan PH.



"Mereka hanya mengemukakan nama tunggal calon sebagai Menteri Besar iaitu Adun Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad.



"Oleh kerana ada satu persefahaman, secara terhormat PN terima keadaan itu dan memandangkan pentingnya Dewan Negeri segera bersidang... pada 5.30 petang untuk Istiadat Angkat Sumpah di Istana Iskandariah," katanya.



Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), PN merupakan gabungan dengan majoriti terbesar apabila memperolehi 26 kerusi DUN sementara PH mendapat 24 kerusi dan BN pula sembilan kerusi.



Sesebuah gabungan perlu memiliki sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan di Perak yang mempunyai 59 DUN secara keseluruhan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >