Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

'PH kemuka manifesto lebih matang'

Nov 12, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) kali ini mengemukakan manifesto lebih matang kepada para pengundi, kata calon yang juga pengarah perhubungan perikatan itu, Encik Fahmi Fadzil.



Ini berpandukan pengalamannya dalam kerajaan persekutuan dan juga kegagalan pentadbiran pemerintah sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semasa banjir buruk, kata Encik Fahmi dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris, Malay Mail.



Menurutnya, manifesto dikenali sebagai Pelan Bertindak Harapan dipersetujui oleh keempat-empat parti dalam PH - Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko).



Perikatan itu menampilkan tiga hingga empat perwakilan masing-masing, yang diketuai oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Encik Adly Zahari, yang disifatkan oleh Encik Fahmi sebagai seorang yang berpengalaman dalam menyiapkan belanjawan kerajaan.



"Mereka telah mengadakan pertemuan sejak beberapa bulan lalu, ada yang telah bekerja sejak tahun lalu mengenai beberapa isu dan menyelesaikannya sekitar tiga atau empat minggu lalu," katanya kepada akhbar Malay Mail.



Sementara ada pihak yang mengatakan bahawa beberapa perkara yang terkandung dalam manifesto PH bagi PRU15 ini diambil daripada manifesto yang lalu, Encik Fahmi berkata perkara-perkara itu adalah antara yang tidak dapat dilaksanakan kerana singkatnya tempoh berkuasa.



Tetapi, katanya, PH komited untuk melaksanakannya, seperti menghapuskan bayaran tol lebuh raya Utara-Selatan (Plus).



"Perbezaan besar adalah kebanyakan pemimpin kita, malah mereka yang turut serta dalam menyiapkan manifesto ini, adalah anggota pentadbiran, ada juga menteri, serta yang bukan anggota pentadbiran.



"Tetapi kita menyaksikan bagaimana mereka bekerja, menghuraikan masalah yang dihadapi oleh para menteri, atau apa proses sebenar yang dilakukan.



"Dokumen ini, proses menyiapkannya, bagi saya adalah lebih matang.



"Matang yang saya maksudkan adalah kerana kita yang menyiapkan manifesto sebelumnya, dan kemudian kita berada di Putrajaya, kita lebih berpengalaman, faham jika dengan apa yang mahu kita katakan, dan bagaimana nanti melaksanakannya," ujar beliau.



Encik Fahmi turut menarik perhatian bahawa manifesto PH ini memberi respon terhadap isu-isu mendesak dan terkini, seperti perubahan iklim, kos sara hidup, perumahan dan pengangkutan awam - secara ringkas, isu ekonomi.



"Saya fikir, kita harus faham bahawa Malaysia telah bebas daripada pandemik, kita harus faham ramai yang hilang pekerjaan, rumah, sumber pendapatan dan kerana itu, fokus kami adalah kepada ekonomi," ujarnya.



"Tumpuan adalah terhadap pertumbuhan ekonomi, menyediakan insentif yang diperlukan supaya rakyat mendapat pekerjaan yang lebih baik, gaji yang lebih baik dan dengan demikian mereka mampu memiliki rumah yang lebih baik," katanya lagi.



Beliau kemudian menarik perhatian bahawa sebilangan orang telah datang menemuinya untuk mendapatkan bantuan kewangan dan menurut beliau bahawa inilah isu di serata negara ini.




"Matang yang saya maksudkan adalah kerana kita yang menyiapkan manifesto sebelumnya, dan kemudian kita berada di Putrajaya, kita lebih berpengalaman, faham jika dengan apa yang mahu kita katakan, dan bagaimana nanti melaksanakannya."
- Encik Fahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >