Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

GEMPA DI AFGHANISTAN

Pihak berkuasa hadapi cabaran sampai ke kawasan terpencil

Jun 24, 2022 | 05:30 AM



SHARAN, AFGHANISTAN: Pihak berkuasa Afghanistan bergelut dengan pelbagai cabaran untuk sampai ke kawasan terpencil yang dilanda gempa bumi yang mengorbankan sekitar 1,000 orang.



Sistem perhubungan lemah dan kekurangan jalan raya yang baik telah menghalang usaha mereka, kata pegawai pemerintah.



Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu melanda paling teruk di timur negara itu, tempat ramai penduduk yang hidup dalam cengkaman krisis kemanusiaan dan menjadi lebih buruk sejak pengambilalihan kuasa pihak Taliban pada Ogos lalu.



"Kami tidak dapat sampai ke kawasan itu, rangkaian telefon terlalu lemah, kami cuba dapatkan maklumat terkini," kata Encik Mohammad Ismail Muawiyah, jurucakap komander tertinggi tentera Taliban di wilayah Paktika yang paling teruk terjejas memberitahu Reuters.



Gempa bumi itu membunuh kira-kira 1,000 orang dan mencederakan lagi 1,500 orang, katanya.



Lebih 3,000 rumah musnah.



Sekitar 600 orang telah diselamatkan dari banyak kawasan terjejas, tambahnya.



Bandar kecil Gayan, berhampiran dengan pusat gempa, mengalami kerosakan besar dengan kebanyakan bangunan berdinding lumpur rosak atau runtuh sepenuhnya, lapor satu pasukan Reuters.



Bandar itu sibuk dengan askar Taliban dan ambulans sedang sebuah helikopter yang membawa bekalan bantuan mendarat berhampiran. Kira-kira 300 orang duduk di tanah menunggu bekalan.



Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, berkata agensi global itu telah "bertindak sepenuhnya" untuk membantu, mengerahkan pasukan kesihatan dan bekalan ubat, makanan, kit trauma dan tempat perlindungan kecemasan ke zon gempa.



Angka kematian meningkat secara berterusan sejak kejadian itu kelmarin apabila berita mengenai korban mula tiba dari kawasan yang sukar dijangkau di pergunungan, dengan pemimpin tertinggi negara itu, Encik Hibatullah Akhundzada, memberi amaran ia mungkin meningkat lagi.



Gempa bumi itu melanda kawasan yang sudah mengalami kesan hujan lebat, menyebabkan batu runtuh dan tanah runtuh yang menghalang usaha menyelamat.



"Ia satu keadaan mengerikan," kata Encik Arup Khan, 22 tahun, yang sedang pulih di sebuah hospital di Sharan, ibu kota wilayah Paktika.



"Terdapat tangisan di mana-mana. Kanak-kanak dan keluarga saya berada di bawah lumpur."



Amerika Syarikat, yang tenteranya membantu menumbangkan rejim Taliban sebelum ini dan kekal di Afghanistan selama dua dekad sehingga Washington berundur tahun lalu, "amat sedih" dengan gempa bumi itu, kata Rumah Putih.



"Presiden Joe Biden sedang memantau perkembangan dan telah mengarahkan USAID (Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika) dan rakan kongsi pemerintah persekutuan lain untuk menilai pilihan respons Amerika untuk membantu mereka yang paling terjejas," kata Penasihat Keselamatan Negara, Encik Jake Sullivan dalam satu kenyataan.



Kesatuan Eropah (EU) juga turut menawarkan bantuan. - AFP, Reuters.




PALANG MERAH SINGAPURA IKRAR SUMBANG $50,000 KEPADA MANGSA GEMPA DI AFGHANISTAN



PALANG Merah Singapura (SRC) telah berikrar sumbangan $50,000 untuk menyokong mangsa gempa bumi yang melanda Afghanistan kelmarin.



Pertubuhan itu semalam menyatakan dana itu akan diagihkan untuk menyediakan makanan dan air, tempat perlindungan kecemasan, penjagaan trauma kecemasan, alat sanitasi dan kebersihan, serta barangan segera lain bagi keperluan mereka yang terjejas.



Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu melanda paling teruk di timur negara Asia Tengah itu, tempat ramai penduduk sudah pun hidup dalam cengkaman krisis kemanusiaan yang menjadi lebih buruk sejak pengambilalihan kuasa pihak Taliban pada Ogos lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >