Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pihak berkuasa sedunia beri amaran selepas Thai sahkan ganja

Jul 3, 2022 | 5:08 PM
Seorang pelanggan di sebuah kafe di Thailand menunjukkan sebahagian daripada tumbuhan ganja pada hari pertama ia disahkan di negara itu.
Seorang pelanggan di sebuah kafe di Thailand menunjukkan sebahagian daripada tumbuhan ganja pada hari pertama ia disahkan di negara itu. - Reuters

Langkah Thailand untuk mengeluarkan tumbuhan ganja daripada senarai narkotik telah mencetuskan amaran di negara lain, yang memberi amaran kepada pelancong terhadap pemilikan atau penggunaan ganja yang masih menyalahi undang-undang di banyak negara.

Kedutaan Thailand di negara seperti Indonesia, Korea Selatan dan Jepun juga telah menasihatkan rakyat Thailand supaya tidak membawa ganja atau produk berkaitan ke negara tersebut, kerana mereka boleh berdepan dengan hukuman penjara, denda berat atau hukuman mati jika ditangkap.

Sementara itu, negara seperti Singapura dan China turut mengingatkan rakyat di luar negara agar tidak menggunakan ganja dalam apa jua bentuk.

"(Di bawah) Akta Penyalahgunaan Dadah, mana-mana warga Singapura atau penduduk tetap yang didapati mengambil dadah terkawal di luar Singapura juga akan bertanggungjawab atas kesalahan pengambilan dadah itu," kata Biro Narkotik Pusat Singapura (CNB), sambil menambah bahawa pemeriksaan dilakukan secara berkala di pelbagai pusat pemeriksaan.

Mereka yang disabitkan kesalahan mengambil dadah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga $20,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg