Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pil Ecstasy berbentuk Pokeball antara dadah RM410,00 yang dirampas polis M'sia

Nov 15, 2016 | 11:34 AM
Seorang pegawai polis menunjukkan dua bungkusan mengandungi pil Ecstasy yang kelihatan seperti Pokeball. GRAB SCREEN DARI STAR VIDEO: PHOTO
Seorang pegawai polis menunjukkan dua bungkusan mengandungi pil Ecstasy yang kelihatan seperti Pokeball. GRAB SCREEN DARI STAR VIDEO: PHOTO - GAMBAR DARIPADA SKRIN VIDEO STAR

GEORGE TOWN: Pil Ecstasy menyerupai Pokeball antara pelbagai dadah yang ditemui semasa beberapa serbuan polis di Pulau Pinang minggu lalu.

Ketua Jabatan Narkotik Negeri, Superintenden Maidu Abu Bakar, berkata ini kali pertama polis menemui pil ecstasy dalam bentuk itu.

Pokeball berwarga merah dan putih adalah antara barang penting yang digunakan oleh pemain aplikasi mudah alih Pokemon Go untuk menangkap dan menyimpan Pokemon raksasa dalam permainan itu.

Supt Maidu berkata dadah 'Pokemon' antara dadah bernilai RM410,000 ($133,400) yang dirampas semasa serbuan pada 10 November.

Lima orang yang dipercayai anggota sindiket dadah ditangkap.

Supt Maidu berkata sebelum itu, seorang lelaki berusia 26 tahun ditangkap dekat tempat letak kereta sebuah restoran makanan segera di Bandar Baru Air Itam pada kira-kira 2.30 petang kerana mempunyai dadah syabu dan ketamin.

"Kami kemudian menemui empat paket syabu, dua paket ketamin dan 170 pil Ecstasy dalam keretanya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang pada Isnin (14 Nov).

"Kami juga menemui wang tunai RM20,000 yang dipercayai pendapatan daripada jualan dadah."

Lelaki itu membawa polis ke rumahnya di Sungai Nibong dan polis menemui lapan paket syabu seberat 1.725kg, 1,700 pil Eramin 5, 485 pil Ecstasy dan dua paket ketamine seberat 1.475kg.

Pada 9.30 malam, pegawai menangkap seorang lelaki berusia 23 tahun dekat sebuah kondominium mewah di Jelutong kerana mempunyai dua paket dadah.

Dia kemudian membawa polis ke sebuah unit kondominium, tempat 8,900 pil Eramin 5 dan 3672 pil Ecstasy ditemui. Tiga daripada rakan serumahnya ditangkap.

Sebuah motosikal dan dua kereta turut dirampas.

"Kami percaya bahawa mereka telah mengedar dadah di pusat hiburan di Pulau Pinang selama enam bulan lepas," kata Supt Maidu.

Dalam satu kes lain, polis merampas 854g heroin diproses dari rumah seorang lelaki berusia 37 tahun yang dilaporkan "hilang".

Satu pasukan polis pergi ke rumahnya di Persiaran Midlands pada hari Ahad untuk susulan ke atas laporan orang hilang.

Mereka kemudian memutuskan memeriksa rumah itu dan menemui heroin tersebut serta wang tunai RM13,350.

Ketua Polis Daerah George Town, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mior Faridalathrash Wahid, berkata suspek tinggal di Australia beberapa tahun sebelum pulang ke Pulau Pinang kurang setahun lalu. - The Star/Asia News Network

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg