Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilihan raya Jerman: Demokrat Sosial menang tipis tanpa majoriti

Sep 28, 2021 | 05:30 AM



BERLIN: Parti Demokrat Sosial (SPD) menang tipis pilihan raya nasional Jerman kelmarin, menurut satu dapatan awal, dan mendakwa mempunyai "mandat jelas" untuk membentuk pemerintah buat kali pertama sejak 2005, sekali gus mengakhiri pemerintahan 16 tahun pimpinan konservatif di bawah Cik Angela Merkel.



Parti itu diunjurkan meraih 26 peratus undi, melebihi 24.5 peratus yang diperolehi blok parti Cik Merkel, CDU/CSU.



Dengan tiada blok parti besar mendapat undi majoriti, dan dengan kedua-duanya enggan mengulangi "gabungan besar" mereka sepanjang empat tahun lalu, perkara paling mungkin berlaku ialah perikatan tiga hala yang dipimpin SDP, atau diterajui parti konservatif pimpinan Cik Merkel.



Membentuk satu gabungan baru akan memakan masa berbulan lamanya, dan kemungkinan melibatkan Parti Hijau dan Demokrat Bebas liberal (FDP) yang lebih kecil.



"Kami berada di depan dalam semua tinjauan (undi)," kata calon canselor SPD, Encik Olaf Scholz, dalam satu perbincangan meja bundar bersama calon lain setelah pillihan raya itu.



"Ini adalah satu mesej menggembirakan dan satu mandat jelas untuk memastikan kita mendapat pemerintahan baik dan pragmatik buat Jerman," tambahnya, yang sebelumnya berucap kepada penyokong SPD.



Peningkatan sokongan bagi SPD mencerminkan sokongan pada gerakan haluan kiri di Jerman dan menandakan kenaikan semula yang luar biasa bagi parti itu, yang telah memperoleh semula 10 mata sokongan dalam hanya tiga bulan untuk memperbaiki keputusan 20.5 peratus pada pilihan raya nasional 2017.



Jika dilantik canselor, Encik Scholz, 63 tahun, akan menjadi canselor SPD pascaperang selepas Willy Brandt, Helmut Schmidt dan Gerhard Schroeder.



Memegang jawatan Menteri Kewangan di Kabinet Cik Merkel, Encik Scholz juga mantan mayor bandar Hamburg.



Pesaing konservatif Encik Scholz, Encik Armin Laschet, memberi isyarat bahawa bloknya belum bersedia mengalah.



"Tidak selalunya seorang menjadi Canselor daripada parti yang mendapat tempat pertama," kata Encik Laschet, 60 tahun, dalam perbincangan meja bundar itu.



"Saya mahukan pemerintah di mana setiap rakan terlibat, di mana semua orang dapat dilihat - bukan hanya seorang Canselor bersinar," katanya dalam usaha awal untuk menarik sokongan parti lebih kecil.



Encik Schmidt memerintah pada akhir 1970-an dan awal 1980-an dalam satu pakatan dengan FDP, walaupun parti Demokrat Sosial-nya mempunyai kerusi parlimen lebih kecil daripada blok konservatif.



Perhatian kini tertumpu pada perbincangan tidak rasmi diikuti dengan rundingan pembentukan gabungan lebih formal, yang mungkin memakan masa berbulan-bulan, dengan Cik Merkel akan menjadi Canselor sementara.



Encik Scholz dan Encik Laschet mengatakan mereka menetapkan matlamat membentuk satu pakatan sebelum Krismas. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >