Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu serentak dengan PRN

Jul 18, 2023 | 4:02 PM
DEMAM PILIHAN RAYA: Persiapan semakin rancak dalam menghadapi pilihan raya kecil di enam negeri di Malaysia.
DEMAM PILIHAN RAYA: Persiapan semakin rancak dalam menghadapi pilihan raya kecil di enam negeri di Malaysia. - Foto ST

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dijalankan serentak dengan pilihan raya negeri (PRN) enam negeri pada 12 Ogos ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK Kuala Terengganu turut diadakan serentak dengan PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, iaitu masing-masing pada 29 Julai dan 8 Ogos.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR Putrajaya bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK berkenaan, lapor Berita Harian Malaysia.

Mesyuarat itu diadakan susulan suruhanjaya menerima laporan hakim pilihan raya sebagaimana diperuntukkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkenaan keputusan mahkamah membatalkan pilihan raya bagi bahagian Kuala Terengganu pada 19 November 2022.

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim yang mewakili Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas pempetisyen, iaitu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zubir Embong, berjaya membuktikan perbuatan rasuah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi.

Pada PRU15, Datuk Ahmad Amzad memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan memperoleh majoriti 40,907 undi selepas menewaskan tiga pencabar lain termasuk Datuk Mohd Zubir.

Pada 8 Julai lepas, PAS memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg