Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilihan raya kepala daerah Indonesia berlangsung

Di tengah kebimbangan gelombang baru Covid-19
Dec 10, 2020 | 05:30 AM



JAKARTA: Pilihan Raya Kepala Daerah 2020 (Pilkada) Indonesia diadakan semalam dengan lebih 100 juta pengundi diramalkan keluar mengundi walaupun ada amaran ia akan menyebabkan gelombang baru pandemik Covid-19.



Pemilihan ketua daerah serentak diadakan di 270 wilayah, termasuk di sembilan provinsi, 37 kota dan 224 daerah.



Lebih 700 calon yang berpasangan akan bersaing dalam pilihan raya yang berlangsung dalam sehari ini, dengan calon yang meraih jumlah undi terbanyak akan memenangi kerusi mereka.



Pasangan calon yang tidak berdepan dengan lawan perlu meraih sokongan undi majoriti.



Sebelum ini, Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, menegaskan bahawa Pilkada tidak boleh ditangguh sehingga wabak berakhir kerana tidak ada negara yang tahu bilakah ia akan tamat dan perlu dilakukan bagi memastikan hak perlembagaan rakyat untuk memilih dan dipilih dilindungi.



Media negara itu turut melaporkan bahawa Jawatankuasa Pilihan Raya Umum Indonesia sudah mengadakan tiga simulasi pilihan raya minggu lalu dan prosedur operasi standard (SOP) pengundian.



Setiap pengundi perlu melalui pemeriksaan suhu badan terlebih dahulu sebelum dibenarkan mengundi kerana mengikut SOP dan pilihan raya itu dilaksanakan bermula 7 pagi hingga 1 petang dan dilakukan dalam lima waktu bagi mengelak pengundi datang serentak.



Selain itu, SOP pilihan raya juga menetapkan setiap pengundi diarahkan memakai sarung tangan pakai buang semasa proses pengundian dan pada masa sama, polis dan tentera bertanggungjawab mengawasi tempat pengundian bagi mengawal keselamatan orang ramai.



Bagaimanapun, penganalisis politik di Institut Sains Indonesia, Cik Siti Zuhro, bimbang pertambahan bilangan kes jangkitan Covid-19 selepas pilihan raya itu.



"Saya takut lebih ramai orang akan dijangkiti dan mati.



"Perkara yang paling membimbangkan adalah bukan hanya orang muda bahkan warga emas, wanita hamil dan orang sakit - mereka semua berisiko tinggi," katanya.



Ratusan calon berharap dapat mengisi 270 jawatan, termasuk gabenor wilayah, ketua daerah dan datuk bandar, termasuk anak lelaki Jokowi, Encik Gibran Rakabuming Raka, 33 tahun, mencalonkan diri sebagai datuk bandar Solo di Jawa Tengah.



Sekurang-kurangnya lima calon pilihan raya dilaporkan meninggal dunia setakat ini dan lebih daripada 1,000 kakitangan agensi pilihan raya dijangkiti menjelang hari pengundian.



Bahang pilihan raya melanda Indonesia di tengah-tengah siasatan rasuah yang dijalankan pihak berkuasa negara itu.



Menteri Hal Ehwal Sosial, Encik Juliari Peter Batubara, dinyatakan sebagai suspek dalam kes rasuah, menurut laporan portal Tempo.co.



Penahanan dibuat sehari selepas serbuan KPK ketika penyerahan beg pakaian dan beg galas berisi wang tunai dalam mata wang rupiah, dolar Amerika Syarikat dan dolar Singapura bersamaan 14.5 bilion rupiah ($1.37 juta).



Encik Juliari adalah menteri kedua di bawah pimpinan Jokowi yang terbabit dalam kes rasuah, selepas Menteri Maritim dan Perikanan, Encik Edhy Prabowo.



Dia ditahan pada 25 November lalu atas tuduhan rasuah berkaitan dengan keputusan kementeriannya berhubung kelulusan lesen eksport benih udang galah. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >