Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilihan raya Malaysia - Mantan Menteri kewangan Daim kritik pelepasan GST bagi firma China dalam projek kereta api

Apr 22, 2018 | 07:58 PM



KUALA LUMPUR - Mantan menteri kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin, mengkritik keputusan kerajaan untuk mengetepikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi sebuah syarikat besar China membina projek kontroversi Link Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion  (S$18.6 bilion).



Komen Tun Daim menjadikannya mantan menteri veteran ketiga yang telah bersuara beberapa minggu kebelakangan ini terhadap pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak, di tengah-tengah kempen pilihan raya umum yang sukar.



Tun Daim, 79 tahun, juga mengkritik sebab yang diberikan pegawai Malaysia membatalkan bayaran  GST 6 peratus yang menurut pengkritik akan menjimatkan syarikat itu, China Communications Construction Company (CCCC), RM3 bilion.



"Orang ramai bertanya, 'Kenapa saya kena bayar GST? Saya bayar, tetapi kerajaan kelihatan  tidak peduli," Tun Daim dipetik berkata oleh laman berita Free Malaysia Today (FMT) selepas menghadiri forum di Langkawi pada Ahad (22 April).



"Kerajaan hanya berkata, 'Oh, anda mesti bayar'. Tetapi orang-orang ini adalah peniaga. Mereka akan tetap meraih wang, tetapi anda masih tetap mengecualikan mereka GST," kata beliau.



Projek ECRL dibayangi kontroversi sejak awal, dengan pengkritik menyebut tentang kos yang dikatakan tinggi dan kekurangan tender bagi projek itu.



 Landasan 600km akan menghubungkan Pelabuhan Klang dan Kuala Lumpur di pantai barat Semenanjung Malaysia, ke pelabuhan Kuantan di pantai timur, dan ke ibu negeri Terengganu dan Kelantan. Tetapi pengkritik mengatakan tidak ada cukup kargo atau trafik  manusia untuk mewajarkan projek itu, yang akhirnya akan dibayar oleh dana awam.



Minggu lalu, pemimpin pembangkang menunjukkan dokumen bahawa CCCC tidak akan membayar 6 peratus GST.  GST adalah isu pilihan raya besar kerana ia dipersalahkan atas  segala kenaikan kos.



Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Encik Subromaniam Tholasy, berkata pengecualian itu bukan baru dan pengecualian serupa diberikan kepada projek-projek negeri semasa pentadbiran Tun Mahathir Mohamad yang kini menjadi pemimpin pembangkang.



Setiausaha Agung Kementerian Kewangan Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata pengecualian akan mengurangkan kos pembinaan supaya tidak melebihi RM55 bilion.



Tetapi Tun Daim berkata penjelasan ini tidak dapat bertahan.



"Apa sebabnya? Untuk mengurangkan kos? Orang akan bertanya, bagaimana dengan kos saya, saya juga menderita," kata bekas bendahari Umno itu yang menjadi menteri  kewangan di bawah Dr Mahathir.



Tun Daim berkata kerajaan juga membayangkan bahawa kos ECRL lebih tinggi.



"Mereka memberitahu rakyat, ia sebenarnya lebih daripada RM55 bilion, tetapi kita menyerap GST," katanya.



Dua mantan menteri kabinet mempersoalkan pentadbiran Najib beberapa minggu kebelakangan ini.



Mantan menteri perdagangan antarabangsa Rafidah Aziz mendakwa awal bulan ini bahawa dalam mesyuarat Kabinet pada akhir 2007, menteri pertahanan ketika itu, Najib Razak,  telah mengeluarkan surat menswastakan semua tanah milik Kementerian Pertahanan kepada tiga individu, dan cadangan itu diterima perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi.



Mindef menafikan dakwaan bahawa petak tanah telah disalahgunakan, sambil menambahkan projek-projek pertukaran tanah atau "land swop" dijalankan dengan beberapa syarikat di bawah prosedur kerajaan.



Minggu lalu, mantan menteri kebudayaan Rais Yatim berkata Umno perlu meminta mahkamah, dan bukan Pendaftar Pertubuhan, sama ada ia boleh menangguhkan pilihan raya dalamannya melebihi had Perlembagaannya selama tiga tahun.



Beliau mengingatkan anggota Umno bahawa parti itu dibatalkan pendaftarannya pada 1988 semasa perbalahan kepimpinan selepas beberapa ahli meminta Mahkamah Tinggi  memutuskan  perkara perlembagaan Umno mengenai cawangan parti haram.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >