Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilihan raya Malaysia: Sabtu 19 November hari mengundi, 5 November penamaan calon

Oct 20, 2022 | 02:02 PM



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis (20 Okt)  menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Sementara hari penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November manakala hari pengundian awal ialah pada 15 November ini.


Perkara itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, dalam sidang media di Menara SPR, pada Khamis (20 Okt).


Tan Sri Abdul Ghani berkata tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula 5 November bagi semua calon dan parti politik bertanding hingga 11.59 malam, 18 November.


Katanya, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, juga akan diadakan serentak bagi mengisi kekosongan kerusi terbabit.


PRU15 membabitkan 20,905,366 pengundi biasa, 146,737 anggota tentera serta pasangan, 118,794 polis serta pasangan termasuk anggota Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2,741 orang pengundi tidak hadir luar negara, kata Tan Sri Abdul Ghani.


Beilau menambah, PRU15 juga diadakan bagi mengisi kekosongan 222 kerusi Parlimen, serta 42 kerusi DUN  Pahang, 15 kerusi DUN Perlis, dan 59 kerusi DUN Perak.


Sebanyak 8,958  pusat mengundi biasa yang mengandungi 38,348 tempat mengundi atau saluran dan 578 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 970 tempat mengundi atau saluran awal akan digunakan.


Tiga negeri dikuasai Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan serta tiga lagi negeri ditadbir PAS, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu sebelum ini memutuskan untuk mengadakan pilihan raya DUN masing-masing tahun depan.


Enam negeri berkenaan menyumbang keseluruhan 245 kerusi DUN.


Bagi 239 lagi kerusi DUN di Sabah, Sarawak, Johor dan Melaka pula, semuanya tidak akan dipertandingkan memandangkan negeri itu baru selesai mengadakan pilihan raya negeri (PRN).


Pada 10 Oktober lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan Parlimen dibubarkan selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada PRU15. – BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >