Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

HARI PENAMAAN CALON

Pilihan raya M'sia: 4 gabungan parti jadi tumpuan

Gabungan parti keempat ialah Gerakan Tanah Air pimpinan Mahathir, selain BN, PH dan PN
Nov 05, 2022 | 05:30 AM



CALON politik di Malaysia yang sedang bersaing bagi 222 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan mendaftarkan dokumen untuk bertanding hari ini, memulakan secara rasmi proses pemilihan parlimen yang disifatkan pemerhati politik sebagai yang paling genting dalam sejarah negara itu.



Buat julung-julung kali dalam sejarah Malaysia, empat gabungan parti yang dianggotai tokoh politik berpengalaman telah muncul sebagai pesaing utama bagi menubuhkan kerajaan selepas Hari Mengundi pada 19 November nanti.



Selain Barisan Nasional (BN) yang dipimpin mantan Timbalan Perdana Menteri dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; dua lagi gabungan parti - Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah muncul sebagai pesaing utama.



Gabungan parti keempat dan terbaru - Gerakan Tanah Air (GTA) - yang diterajui mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga telah mengumumkan calon bagi beberapa tempat.



Bilangan gabungan parti yang bertambah, dan yang dianggotai tokoh politik mapan ini boleh memecahkan sokongan dan mendorong beberapa pemerhati berkata ada kemungkinan persaingan tiga atau empat penjuru bagi beberapa kerusi parlimen.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), pemerhati politik, Encik Adib Zalkapli, berkata:



"Pilihan raya ini adalah kali pertama kita lihat pertandingan antara tiga gabungan politik yang sama kuat dan sama berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan.



"Sebelum ini pilihan raya di Malaysia ialah antara Barisan Nasional (BN) dan gabungan pembangkang yang sering dilihat tidak berpengalaman... tetapi kali ini keadaannya sangat berbeza."



Menambah, Encik Adib berkata jenama politik yang dimiliki BN mungkin memberinya kelebihan dalam kalangan pengundi, tetapi cara baru yang digunakan parti-parti lebih baru untuk memikat pengundi boleh menjadikan persaingan lebih setara.



"Jenama politik sememangnya penting, kerana itulah sekian lama politik Malaysia dikuasai parti-parti yang sudah lama bersaing.



"BN mempunyai kelebihan di sini, namun dengan meningkatnya penggunaan media sosial, ia memberi peluang kepada parti-parti baru seperti Muda contohnya untuk mencabar BN," kata beliau, seorang pengarah di BowerGroupAsia, firma runding cara berhubung ehwal kerajaan dan dasar awam di Asia-Pasifik.



Gabungan parti pembangkang, PH, memenangi PRU14 pada 2018, meruntuhkan kerajaan Barisan Nasional yang telah berkuasa selama enam dekad.



Namun, perubahan politik yang diharapkan tidak berlaku, dengan kerajaan PH runtuh selepas 22 bulan susuli beberapa anggota parlimen yang bertanding di bawah benderanya berpindah untuk menubuhkan gabungan politik dan kerajaan baru.



Sejak itu, keadaan politik di Malaysia menjadi tidak menentu, dengan tiga Perdana Menteri berbeza mendukung jawatan itu, yang pada saat ia dibubarkan pada 10 Oktober lalu, disandang oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.



Pilihan raya umum kali ini, yang berlangsung sedang rakyat Malaysia bergelut dengan kos sara hidup yang meningkat dan di tengah-tengah musim tengkujuh, diharap akan melahirkan kestabilan yang diharapkan.



Memberi contoh sentimen pengundi di Johor, Profesor Madya di Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya, Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata BN-Umno mempunyai pangkalan sokongan yang kuat dan ini telah diperkukuh sejak ia menang besar dalam Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac lalu.



BN memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, berbanding PH yang memenangi 10 kerusi.



"Cabaran kos sara hidup, dan keinginan untuk berubah, menentang rasuah memang agenda berterusan di Johor tanpa mengira parti mana yang memerintah," ujar Dr Awang Azman.



"Sentimen di Johor kali ini mahu BN kembali menguasai parlimen Johor dengan majoriti," kata beliau.



Hari Penamaan Calon berlangsung 9 pagi hingga 10 pagi hari ini di 222 tempat di seluruh Malaysia.



Tempoh berkempen akan bermula secara rasmi selepas calon-calon diisytiharkan sekitar tengah hari, dan dijadual berakhir 11.59 malam, pada 18 November.



Rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada 19 November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >