Topic followed successfully
Go to BHkuPilihan raya M'sia: Ismail akur perlu adakan awal
Pilihan raya M'sia: Ismail akur perlu adakan awal
Pilihan raya M'sia: Ismail akur perlu adakan awal
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau bersetuju mengadakan pilihan raya umum (PRU) tahun ini tanpa menetapkan sebarang syarat.
Sesetengah orang berkata Datuk Ismail Sabri ingin mengukuhkan kedudukan politiknya selaku pemimpin Malaysia sebelum membubar Parlimen, yang membuka laluan bagi PRU awal, dan berpakat dengan partinya agar beliau dijadikan perdana menteri sekali lagi jika Umno kembali berkuasa.
Semalam, Datuk Ismail Sabri berkata: "Saya tidak tetapkan sebarang syarat. Kami mengadakan mesyuarat bersama lima pemimpin tertinggi, mesyuarat biro politik dan mesyuarat majlis tertinggi sebelum kami putuskannya (pilihan raya)."
Beliau berkata lima pemimpin tertinggi Umno, termasuk beliau selaku naib presiden, semalam mencapai persetujuan mengadakan PRU tahun ini, memandangkan perlunya kembalikan mandat kepada orang ramai seawal mungkin.
Selain beliau, pemimpin tertinggi Umno itu ialah presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, timbalan presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, dan dua lagi naib presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Selepas satu acara rasmi, Datuk Ismail Sabti berkata kepada media: "Sekiranya ada dasar yang baik untuk adakan pilihan raya lebih awal, kami akan adakannya, itu juga pendirian kami.
"Bila tarikhnya (Parlimen akan dibubar), sila tunggu. Anda telah menanti sejak tahun lalu, anda boleh menanti sedikit lagi tahun ini."
Parlimen Malaysia akan bersidang esok bagi mesyuarat terakhirnya tahun ini, yang juga berpotensi menjadi mesyuarat terakhir bagi kumpulan penggubal undang-undang semasa, di tengah-tengah perbincangan mengenai kemungkinan pembubaran Parlimen.
Sebelum ini Datuk Seri Ismail berkata beliau ingin memberi tumpuan pada memperbaiki eonomi dan mengurangkan inflasi sebelum mengadakan PRU, yang harus diadakan selewat-lewatnya September tahun depan.
Tetapi kelmarin beliau bertukar pendirian dan bersetuju dengan empat pemimpin tertinggi Umno agar PRU diadakan tahun ini. - The Star.

