Topik diikuti
Pergi ke BHkuKOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 26 September 2020 sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom, berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 12 September, manakala hari mengundi awal pada 22 September.
Tempoh berkempen akan berlangsung selama 14 hari.
SPR berkata ia akan tetap membuat persediaan bagi pilihan raya tersebut, walaupun terdapat cabaran mahkamah oleh bekas ketua menteri Musa Aman, lapor The Straits Times.
