WILMINGTON, DELAWARE: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, telah menang di negeri-negeri utama Texas, Florida, Ohio dan Iowa, sementara saingannya, calon Demokrat, Encik Joe Biden mengambil alih kepimpinan di Minnesota, lapor agensi berita Associated Press.
Texas memperolehi 38 undian Badan Perwakilan Pemilih atau Electoral College, Florida sebanyak 29 undian, Ohio sebanyak 18 undian dan Iowa enam undian. Minnesota memperolehi 10 undian.
Texas secara tradisi adalah negeri Republican yang kuat tetapi Encik Biden berjaya tampil memenangi hati warga negeri itu dalam kempennya. Lantaran itu, ramai yang meramalkan ia boleh bertukar menjadi pimpinan calon Demokrat (dengan perlambangan parti berwarna biru) buat julung-julung kalinya sejak 1976.
Florida pula adalah negeri utama yang penting dalam usaha Encik Trump mengusulkan pemilihan semula dirinya; beliau hanya menang tipis di negeri ini pada 2016.
Di Ohio pula, tidak pernah ada calon Republikan yang pernah memenangi pilihan raya presiden tanpa memenangi kepimpinan di negeri itu. Encik Trump menang di sini dengan lebih 8 peratusan mata empat tahun lalu.
Di Minnesota, Encik Biden menumpaskan Encik Trump apabila pengundi menolak undang-undang kepimpinan Trump yang bertentangan dengan protes gerakan politik dan sosial yang menentang tindakan ganas polis terhadap warga kulit hitam, Black Lives Matter.
Kempen Encik Trump mensasarkan negeri yang secara tradisi menyokong kepimpinan Demokrat di samping menjadi lokasi di mana lelaki kulit hitam dengan keturunan Afrika-Amerika, George Floyd, dibunuh polis pada Mei lalu.
Dalam pada itu, menerusi satu ucapannya pada Selasa malam (3 November), Encik Biden memohon agar warga Amerika bersabar sambil menyatakan beliau yakin berada di landasan yang tepat bagi memenangi pilihan raya ini meskipun dalam keadaan perlumbaan yang sengit dengan Encik Trump mendahului undian di beberapa negeri yang menjadi 'medan pertempuran utama'.
"Kami tahu kerana undian dibuat menerusi kiriman pos, sesuatu yang tidak pernah dibuat sebelum ini, ia makan masa. Semuanya belum berakhir sehinggalah setiap undian dikira dan setiap suara diperdengarkan," ujar Encik Biden. - AGENSI BERITA


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg