Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ANALISIS BERITA

Pindaan lembaga tangguh pemilihan parti boleh jadi punca perselisihan dalam Umno

Jul 12, 2022 | 05:30 AM



DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob, terpaksa bersuara untuk menjelaskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mempunyai masa sehingga 16 Julai ini membuat keputusan terhadap pindaan perlembagaan Umno bagi menangguhkan pemilihan parti tersebut.



ROS, yang membisu seribu bahasa sejak Umno menghantar permohonan pada 17 Mei lepas itu, mempunyai masa sehingga 60 hari dengan tarikh terakhirnya pada 16 Julai ini.



Jabatan yang di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu sebenarnya tidak memerlukan tempoh yang agak lama untuk membuat keputusannya kerana apa diminta Umno sama seperti yang diperolehi Persatuan Cina Malaysia (MCA), rakan komponen Barisan Nasional (BN).



Permohonan MCA yang diluluskan oleh ROS telah meminda perlembagaannya tentang melanjutkan pemilihan parti selewat-lewatnya enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) baru diadakan pemilihan.



Pindaan perlembagaan Umno melibatkan Fasal 10.16.1 berbunyi:



"Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berhak menangguhkan pemilihan di peringkat MKT, Bahagian dan Cawangan.



"Penangguhan ini tidak lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan ATAU tidak lebih daripada enam (6) bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen (Dewan Rakyat) yang mana terkemudian."



Berikutan itu, ramai berpendapat pindaan tersebut tidak akan ditolak oleh ROS berdasarkan kepada keputusan yang diperoleh oleh MCA itu menjadi duluan yang perlu diikuti dalam kes permohonan Umno kepada ROS.



Memanglah atas kertas tampaknya mudah, tetapi tidak diketahui di belakang tabir macam-macam boleh berlaku, lebih-lebih lagi menterinya orang kuat Bersatu yang sudah tidak 'mesra' dengan kepimpinan Umno atas berbagai sebab.



Beberapa pemimpin Umno secara terang mempersoalkan tindakan ROS yang belum meluluskan pindaan perlembagaan Umno walaupun parti itu sudah mengemukakan notis pindaan pada 17 Mei.



Mereka mendakwa jabatan itu digunakan sebagai alat politik untuk memusuhi Umno yang tidak disukai Bersatu.



Mereka juga mempersoalkan ketidakcekapan ROS yang masih tebal dengan birokrasi dan dibelenggu dengan tadbir urus lapuk.



Dalam masa para pemimpin Umno mempersoalkan kewibawaan ROS, ada pihak dapat menghidu strategi pemimpin 'caretaker' (kerajaan sementara) Umno yang mahu menggunakan pindaan tersebut untuk manfaat politik mereka.



Apabila diteliti kandungan pindaan tersebut, pertamanya mengenai pindaan Persidangan Agung Khas Umno pada 15 Mei lepas, iaitu pindaan itu sendiri sama ada akan diterima atau sebaliknya dan, keduanya, sama ada barisan kepimpinan diketuai Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, boleh lagi menggunakan pilihan untuk melakukan pemilihan parti enam bulan selepas diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.



Berdasarkan kepada kes duluan MCA, pemimpin kerajaan sementara tersebut yakin permohonan menangguhkan pemilihan tidak lebih daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan akan diluluskan oleh ROS.



Berikutan itu, apabila mendapat apa yang dihajatkan itu, mereka akan menangguhkan lagi pemilihan lebih daripada enam bulan selepas diadakan PRU ke-15.



Persoalannya, adakah hajat pemimpin kerajaan sementara tersebut untuk menggunakan penangguhan 18 bulan dan enam bulan secara berterusan dibenarkan oleh pihak penguasa?



Menurut mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, dalam artikel bertajuk Pindaan Perlembagaan Umno 2022 menggalakkan Kediktatoran Dalam Umno, parti Melayu itu terpaksa membuat pilihan di antara penangguhan 18 bulan atau 6 bulan selepas PRU ke-15.



Kata Tun Abdul Hamid, selepas pindaan ini, MKT berhak memilih untuk menangguhkan pemilihan sama ada tidak lebih daripada 18 bulan atau tidak lebih daripada enam bulan selepas PRU berikutnya.



Tun Abdul Hamid memberi penekanan bahawa MKT boleh memilih yang lebih pendek atau yang lebih panjang, tertakluk kepada keadaan pada sesuatu masa, mengikut budi bicaranya.



Bagaimanapun, menurutnya, sekiranya pindaan itu diluluskan, ia tidak boleh digunakan untuk menangguhkan tarikh pemilihan sekali lagi untuk melanjutkan tempoh jawatan penjawat pada masa ini.



Pindaan yang dipohon itu tidak membenarkan penggunaan kedua-dua pilihan itu secara berterusan.



Jadi apabila tiba masanya pada 16 Julai atau sebelum tarikh itu, kemungkinan besar Umno akan mendapat penangguhan 18 bulan saja, dan perlu mengadakan pemilihan kepimpinan parti pada atau sebelum 29 Disember 2022, seperti yang telah diarahkan oleh ROS sebelum ini.



Pilihan kedua untuk mendapatkan satu lagi penangguhan selama enam bulan selepas diadakan PRU ke-15 pasti akan ditolak oleh ROS, berdasarkan kepada perkataan 'Atau' yang wujud dalam pindaan tersebut, seperti yang dinyatakan oleh Tun Abdul Hamid.



Sehubungan itu, tarikh 16 Julai ini mempunyai kaitan rapat dengan tarikh PRU ke-15, yang mahu disegerakan oleh pemimpin kerajaan sementara tersebut, kerana mereka tahu keputusan ROS yang tidak memihak kepada agenda mereka sudah pasti menjejaskan usaha untuk terus bertahan menguasai kepimpinan Umno.



Pada masa yang sama, Datuk Seri Ismail Sabri yang bercita-cita mengetuai PRU ke-15 sebagai Presiden Umno dan bukan Naib Presiden, sudah pasti boleh menggunakan kedudukannya untuk mengambil tampuk kepimpinan Umno daripada Datuk Ahmad Zahid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >