KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 14 lokaliti di Sabah, Kelantan, Pahang dan Sarawak selama dua minggu bermula Sabtu ini hingga 27 Ogos depan.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata PKPD di Sabah membabitkan dua lokaliti di Keningau dan masing-masing satu di Kota Kinabalu, Sipitang dan Kota Belud.

Beliau berkata, PKPD di Keningau membabitkan dua kilang di Batu 27 dan Batu 28, Jalan Sook iaitu Kilang Bumi Timber Sdn Bhd serta kuarters pekerja dan Perusahaan Kosinar Sdn Bhd serta kuarters pekerja.

"PKPD turut dilaksanakan di Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu; Kampung Pengiran, Sipitang dan Kampung Wokok Kinuta, Kota Belud," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Datuk Seri Hishammuddin berkata, PKPD di Kelantan membabitkan lima kampung di Pasir Mas iaitu empat kampung di Mukim Alor Pasir iaitu Kampung Chenerai, Kampung Lubok Kawah, Kampung Pohon Tanjong dan Kampung Pak Jak serta sebahagian Kampung Landar di Mukim Kubang Gadong.

Beliau berkata, PKPD di Kelantan turut membabitkan Kampung Kubang Sawa di Tumpat.

Datuk Seri Hishammuddin menambah, PKPD di Kelantan membabitkan lima kampung di Pasir Mas iaitu empat kampung di Mukim Alor Pasir iaitu Kampung Chenerai, Kampung Lubok Kawah, Kampung Pohon Tanjong dan Kampung Pak Jak serta sebahagian Kampung Landar di Mukim Kubang Gadong.

Beliau berkata, PKPD di Kelantan turut membabitkan Kampung Kubang Sawa di Tumpat.