KUALA LUMPUR: Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) atau 'sekatan sepenuhnya' di seluruh Malaysia yang bermula 1 Jun lalu, akan disambung lagi selama 14 hari bermula 15 hingga 28 Jun.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.