Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PKP kedua dilanjut 2 minggu lagi

Libat semua negeri di Malaysia kecuali Sarawak yang kekal bawah PKPB; rentas negeri tetap tidak dibenarkan
Feb 03, 2021 | 05:30 AM



PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) kedua (PKP 2.0) di Malaysia yang sepatutnya berakhir esok akan dilanjutkan lagi dua minggu hingga 18 Februari.



Perintah kawalan itu melibatkan semua negeri di Malaysia kecuali Sarawak yang kekal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).



Mengumumkan demikian dalam satu sidang media semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kes harian di semua negeri terlibat masih menunjukkan trend peningkatan.



Malaysia melaporkan lebih 4,000 kes Covid-19 baru kelmarin, menaikkan jumlah kes di negara itu ke hampir 220,000 termasuk 770 kematian.



Datuk Ismail berkata perjalanan rentas negeri masih tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP 2.0 yang dilanjutkan kerana pembukaan sempadan sebelum itu telah menyumbang kepada peningkatan dalam kes Covid-19 positif di Malaysia.



"Apabila kita buka rentas negeri suatu ketika dahulu, ia menyumbang kepada kes positif dan terdapat 31 kelompok berkaitan rentas negeri.



"Sebab itu rentas negeri tidak boleh dibenarkan kerana ia membawa kepada peningkatan kes positif," katanya di sidang media menyusuli mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pagi semalam.



Datuk Ismail juga berkata beberapa prosedur operasi standard (SOP) akan diperketat, termasuk mengehadkan bilangan pelanggan di dalam pasar raya bagi mengelakkan kumpulan besar.



SOP baru bagi PKP 2.0 yang dilanjutkan itu akan dikeluarkan MKN kelak.



Hukuman melanggar SOP juga akan ditingkatkan bagi mengurangkan pelanggaran, katanya.



Bagaimanapun beliau berkata PKP2.0 tidak akan seketat PKP yang dilaksanakan tahun lalu di mana "rakyat diarahkan duduk di rumah dan hampir semua sektor ekonomi dan perniagaan ditutup".



"Kali ini terdapat kelonggaran untuk sektor ekonomi dan perniagaan terutama yang melibatkan perniagaan mikro seperti peniaga kecil-kecilan.



"Kami sedar jika kita tutup sepenuhnya, ia akan menyukarkan rakyat terutama yang miskin, kumpulan B40, atau yang menerima gaji harian.



"Berdasarkan faktor ini, kami akan melonggarkan sekatan bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan," katanya sambil menambah beberapa rayuan telah diterima daripada peniaga kecil-kecilan seperti bengkel cuci kereta dan kedai gunting rambut yang memohon agar dibenarkan meneruskan perniagaan.



Datuk Ismail bagaimanapun berkata apabila diberi kelonggaran, beliau berharap rakyat dapat terus mematuhi SOP yang dikeluarkan.



"Seperti yang kita lihat hari ini, kes masih lagi tinggi dan ia berada di sekitar kita.



"Jika tiada keperluan untuk keluar dari rumah, lebih baik untuk beradia di rumah," katanya.



PKP 2.0 kali pertama dikuatkuasakan pada 13 Januari di beberapa negeri sepanjang dua minggu sebelum dilanjutkan lagi hingga esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >