KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengambil keputusan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya selama 14 hari lagi sehingga 9 November depan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin (26 Oktober).

Ini berikutan masih terdapat kawasan-kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 di lokasi tersebut. - Agensi Berita