Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Australia guna WeChat kritik 'gambar palsu' China

Dec 03, 2020 | 05:30 AM



SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Encik Scott Morrison, telah menggunakan wadah media sosial China, WeChat, untuk mengkritik 'gambar palsu' berhubung seorang askar Australia yang dimuat naikkan ke Twitter oleh pemerintah China.



Tindakan itu dibuat setelah China tidak mempedulikan tuntutan maaf yang dikehendaki Australia.



Dalam mesej WeChat itu kelmarin, Encik Morrison mempertahankan cara Australia menangani siasatan jenayah perang melibatkan tindakan yang dilakukan sepasukan anggota tentera pasukan khasnya di Afghanistan, dan menyatakan bahawa Australia akan menangani 'isu-isu tajam' ini dengan cara yang telus.



Australia sebelum ini menyatakan 19 askarnya akan didakwa susulan pembunuhan yang dilakukan mereka ke atas banduan Afghanistan dan orang awam yang tidak bersenjata



WeChat punya 690,000 pengguna aktif sehari di Australia.



Mesej Encik Morrison telah dibaca oleh 57,000 pengguna WeChat semalam.



Sebelum ini, jurucakap kementerian ehwal luar China, Zhao Lijian, memuat naik gambar seorang askar Australia yang memegang pisau berlumuran penuh darah di leher seorang kanak-kanak Afghanistan pada Isnin lalu.



Ciapan Encik Zhao itu, yang dipinkan di bahagian atas akaun Twitternya, telah ditanda 'suka' oleh 55,000 pengikutnya, selepas Twitter melabelkannya sebagai kandungan sensitif tetapi menolak permintaan kerajaan Australia untuk memadamkannya.



Australia mengecam ciapan pegawai China yang disifatkannya sebagai menjijikkan, keterlaluan dan mengerikan selain menuntut Beijing membuat permohonan maaf secara rasmi.



Pendakwa raya Australia kini sedang menyiasat 19 anggota tentera negara itu berkaitan dengan dakwaan jenayah perang dilakukan oleh pasukan khas di Afghanistan antara 2005 dan 2016.



Encik Morrison menganggap ciapan dari akaun rasmi kerajaan China satu penghinaan keterlaluan dan menjijikkan terhadap angkatan bersenjata Australia dan meminta ciapan itu dipadamkan.



"Ini benar-benar keterlaluan dan tidak dapat dibenarkan dalam dasar apapun. Kerajaan China sepatutnya malu dengan perkara ini," kata Encik Morrison mengenai ciapan yang mendapat lebih 2,300 interaksi dalam tempoh tiga jam.



Hubungan antara Australia dan China dilihat semakin buruk, di mana China memperkenalkan sekatan ekonomi terhadap barang Australia selain media China turut berulang kali menyerang Australia dalam pelbagai isu.



Situasi itu didorong oleh keputusan Canberra untuk menolak kekuasaan Beijing yang semakin meningkat di rantau ini, untuk menghentikan operasi pengaruh Down Under dan meminta siasatan bebas mengenai penularan Covid-19.



"Perilaku seperti ini tidak kondusif untuk hubungan apa pun. Itulah sebabnya saya fikir sangat penting untuk kepentingan kita bersama supaya tindakan keterlaluan ini dapat ditangani.



"Jurucakap China tulis dalam ciapannya bahawa dia terkejut dengan pembunuhan orang awam Afghanistan dan tahanan oleh tentera Australia. Kami juga sangat mengutuk tindakan itu dan meminta mereka bertanggungjawab," kata Morrison menerusi Twitternya.



China sebelum ini juga dituduh melakukan pelanggaran hak asasi manusia selama beberapa dekad, terutama di Tibet dan Xinjiang.



Hantaran berkenaan juga antara contoh komunikasi agresif China terhadap negara-negara asing, yang mana pakar mengistilahkan ia sebagai diplomasi "wolf warrior".



Ia berlaku pada waktu yang sensitif selepas kerajaan Australia menerbitkan penyelidikan yang memalukan terhadap tuduhan bahawa pasukan elitnya membunuh 39 orang awam dan tahanan di Afghanistan.



Penyiasat kerajaan mengesyorkan 19 individu itu dirujuk ke Polis Persekutuan Australia, membayar pampasan kepada keluarga mangsa dan pihak tentera melakukan banyak pembaharuan.



Minggu lalu, angkatan tentera Australia menamatkan perkhidmatan 13 anggotanya kerana disyaki berperanan dalam kes itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >