Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Australia Scott Morrison sifatkan kes sabotaj strawberi serupa pengganasan

Sep 19, 2018 | 1:10 PM
KES STRAWBERI TERCEMAR: Perdana Menteri Australia Scott Morrison menggesa Parlimen menaikkan hukuman penjara maksimum bagi perbuatan mencemarkan makanan dengan sengaja kepada 15 tahun berbanding 10 tahun.
KES STRAWBERI TERCEMAR: Perdana Menteri Australia Scott Morrison menggesa Parlimen menaikkan hukuman penjara maksimum bagi perbuatan mencemarkan makanan dengan sengaja kepada 15 tahun berbanding 10 tahun. - Foto REUTERS

SYDNEY: Perbuatan mencemarkan strawberi di pasar raya dengan jarum menjahit serupa dengan pengganasan, kata Perdana Menteri Australia Scott Morrison hari ini (19 September).

Beliau turut menggesa hukuman lebih berat, iaitu hukuman penjara maksimum 15 tahun berbanding 10 tahun sekarang, bagi perbuatan mencemarkan makanan dengan sengaja.

Ini akan menjadikan perbuatan tersebut sama dengan kesalahan jenayah lain seperti memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan membiayai pengganasan.

"Kami tak main-main. Begitulah seriusnya saya anggap perbuatan ini," katanya selepas sekurang-kurangnya 20 strawberi didapati tercemar dengan jarum atau pin.

Menyusuli kejadian itu, beberapa pasar raya telah menarik balik strawberi yang dijualnya manakala beberapa kedai di New Zealand pula melarang penjualan strawberi Australia buat sementara.

Polis Australia berkata semalam mereka masih tidak tahu motif di sebalik perbuatan itu dan masih mencari pelakunya. -AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg