PM Australia 'terbuka' pengganas dihantar pulang di negara itu
Premium
PM Australia 'terbuka' pengganas dihantar pulang di negara itu
Aug 29, 2020 | 5:30 AM
Foto EPA-EFE -
SYDNEY: Canberra terbuka kepada idea New Zealand untuk menghantar pulang pengganas asal Australia yang bertanggungjawab bagi tragedi pengganasan di Christchurch untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup di negaranya, kata Perdana Menteri Scott Morrison, semalam.
Pengganas yang merupakan pelampau kaum kulit putih tegar itu, Brenton Tarrant (gambar kanan), telah melakukan serangan ganas pada 15 Mac tahun lalu di dua masjid, mengorbankan 51 Muslim semasa mereka mengadakan sembahyang Jumaat.

