Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM baru Britain dijangka gariskan tumpuan di perhimpunan agung PBB

Sep 21, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Beberapa jam selepas membacakan belasungkawa di upacara pengebumian negara Ratu Elizabeth II kelmarin, Perdana Menteri Britain yang baru, Cik Liz Truss, telah terbang ke Amerika Syarikat bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang pertama buatnya.



Di New York minggu ini, Cik Truss dijadualkan bertemu Presiden Amerika, Encik Joe Biden, dan Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron - dua pemimpin yang saling bertelagah dengannya menyentuh isu Brexit dan Ireland Utara.



Cik Truss telah dilantik pada 6 September lalu di salah satu acara rasmi terakhir yang dilaksanakan Ratu Elizabeth sebagai ketua negara. Mendiang meninggal dunai dua hari kemudian, yang menyaksikan Britain berkabung selama 10 hari.



Meskipun kehidupan politik British tergantung seketika, ia adalah tempoh amat singkat bagi Cik Truss yang berdepan dengan keadaan diplomatik sebenar, sedang pentadbirannya cuma menangani krisis kos kehidupan yang meningkat akibat perang Russia-Ukraine yang menjejas jutaan orang.



Cik Truss dijangka pulang ke London esok, sehari sebelum Menteri Kewangan, Encik Kwasi Kwarteng, membentangkan Belanjawan Kecemasan selepas kerajaan berikrar untuk menawarkan skim yang menelan belanja besar bagi mengehadkan kos tenaga yang melonjak.



Di PBB, Cik Truss dijangka "mendorong lebih banyak tindakan antarabangsa bagi menamatkan kebergantungan terhadap sumber tenaga yang dibekalkan Russia, memastikan dunia tidak lagi berada dalam keadaan serupa," kata jurucakapnya kepada wartawan.



Beliau juga akan melanjutkan usaha pendahulunya, Encik Boris Johnson, dalam memberi sokongan kepada Ukraine kerana "seluruh dunia merana akibat rejim seperti (Presiden Russia Vladimir) Putin dibenarkan membuli dan mengugut jiran-jirannya," kata jurucakap itu lagi.



Dalam ucapannya di PBB hari ini, Cik Truss dijangka menyatakan bahawa Britain akan kekal "aktif dalam mempertahan nilai-nilai demokrasi kami" terhadap musuh autoritarian.



Cik Truss seharusnya bertemu Encik Biden di London pada Ahad lalu, bagi pertemuan muhibah di sisi acara pengebumian negara untuk Ratu Elizabeth. Ia kemudian ditangguhkan bagi membolehkan perbincangan dua hala dapat dilakukan sepenuhnya di New York.



Sedang Encik Biden memberi penghargaan mendalam kepada Ratu Elizabeth, pentadbiran beliau bagaimanapun tak tentu arah kerana Cik Truss mengancam tidak akan mengendahkan peraturan perdagangan pasca Brexit untuk Ireland Utara. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >