Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Belanda mohon maaf isu perhambaan

Dec 21, 2022 | 5:30 AM
MOHON MAAF: Perdana Menteri Belanda, Encik Mark Rutte
MOHON MAAF: Perdana Menteri Belanda, Encik Mark Rutte -

THE HAGUE: Perdana Menteri Belanda, Encik Mark Rutte, secara rasmi memohon maaf berhubung pembabitan negara itu selama 250 tahun dalam perhambaan, dan menyebutnya sebagai 'jenayah terhadap kemanusiaan'.

Permohonan maaf itu dibuat hampir 150 tahun selepas tamatnya perhambaan di tanah jajahan seberang laut negara Eropah itu, termasuk Suriname di Amerika Selatan, Indonesia di timur dan pulau Caribbean seperti Curacao dan Aruba.

Aruba menjadi bekas tanah jajahan Belanda yang pertama memberikan reaksi terhadap permohonan maaf itu.

Perdana Menteri Aruba, Cik Evelyn Wever-Croes, yang menerima permohonan maaf itu, namun negara lain kesal kerana kekurangan tindakan atau dialog yang kukuh.

"Hari ini bagi pihak kerajaan Belanda, saya memohon maaf atas tindakan masa lalu negara Belanda," kata Encik Rutte dalam ucapan, mengulangi permohonan maaf dalam bahasa Inggeris, Papiamento dan Sranan Tongo, bahasa yang digunakan di kepulauan Caribbean dan di Suriname.

"Negeri Belanda... memikul tanggungjawab atas penderitaan yang menimpa terhadap individu yang diperhambakan dan keturunan mereka," kata Encik Rutte kepada hadirin di Arkib Negara di sini.

"Kami, yang tinggal di sini dan pada masa sekarang, hanya boleh mengesahkan dan mengutuk perhambaan dalam istilah yang paling jelas sebagai jenayah terhadap kemanusiaan," tambahnya.

Kerajaan Belanda berkata beberapa acara peringatan utama akan diadakan mulai tahun depan dan mengumumkan dana 200 juta euro ($287.68 juta) untuk inisiatif sosial.

Agensi berita, detikTravel, memetik laporan agensi berita AFP bahawa meskipun Indonesia turut disebut dalam permohonan maaf itu tetapi, menteri Belanda menuju tujuh bekas tanah jajahan di Amerika Selatan dan Carribean, iaitu St Maarten, Bonaire, Aruba, Curacao, Sint Eustatius, Saba, dan Suriname. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg