Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Britain baru diumum 5 Sep

Jul 13, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Perdana Menteri Britain yang baru akan diumumkan pada 5 September, dengan undian pertama proses memilih calon dalam pertandingan agak sesak untuk menggantikan Encik Boris Johnson akan dilakukan dalam beberapa minggu ini.



Setakat ini 11 calon telah menamakan diri mereka mahu menggantikan Encik Johnson sebagai ketua Parti Konservatif yang memerintah, sekali gus menjadi perdana menteri, selepas beliau melepaskan jawatan ketua parti berikutan pemberontakan ramai penggubal undang-undang dan menterinya sendiri ekoran beberapa skandal.



Sebuah jawatankuasa Konservatif yang menganjurkan pertandingan kepimpinan menyatakan mereka yang berminat bertanding memerlukan sekurang-kurangnya 20 pencalonan daripada 358 anggota parlimen (AP) parti itu untuk menyertai pusingan pertama undi hari ini.



Sesiapa yang kemudiannya menerima kurang 30 undi akan disingkirkan sebelum undian selanjutnya menyusul esok.



Hampir semua pesaing telah menjanjikan pemotongan cukai meluas untuk memenangi sokongan rakan AP mereka.



"Saya harap dapat menyelesaikan perkara ini dengan lancar, bersih dan secepat mungkin," kata Encik Graham Brady, pengerusi jawatankuasa itu.



Senarai calon akhirnya akan dikurangkan kepada dua calon terakhir, sebelum undi pos anggota Parti Konservatif, berjumlah kira-kira 200,000, berlangsung pada musim panas ini.



Tinjauan di laman web Konservatif kelmarin menunjukkan mantan Menteri Pertahanan, Cik Penny Mordaunt, adalah calon paling popular dalam kalangan anggota parti, diikuti menteri lain termasuk Cik Kemi Badenoch dan Encik Rishi Sunak, yang peletakan jawatan sebagai Menteri Kewangan membawa kepada kejatuhan Encik Johnson.



"Nampaknya terdapat senarai calon agak besar pada masa ini," kata Encik Brady.



"Saya harap kita akan mengadakan pertandingan yang membina, dan peluang baik bagi perbahasan sihat dan membina tentang hala tuju masa depan Parti Konservatif," ujarnya.



Pertandingan mendapatkan jawatan tertinggi itu berlaku selepas salah satu tempoh paling huru-hara dalam sejarah politik British moden, apabila lebih 50 menteri dan pembantu kerajaan berhenti, dengan sebilangannya mengecam watak, kewibawaan dan ketidakupayaan Encik Johnson.



Pemimpin baru itu juga perlu mendapatkan semula sokongan semakin merosot kepada Konservatif.



Satu tinjauan oleh Savanta ComRes kelmarin menunjukkan pembangkang Parti Buruh mendapat 43 peratus sokongan berbanding 28 peratus bagi Konservatif - jurang terbesar sejak 2013.



Mantan Menteri Kewangan, Encik Sajid Javid, seorang lagi calon, mengkritik apa yang disebutnya sebagai 'gosip beracun' dan 'memo serangan' yang disampaikan oleh beberapa rakan parti pada hujung minggu.



"Ini bukan (cerita) 'House of Cards' atau 'Game of Thrones' dan orang yang berada di sini hanya kerana mereka menikmati permainan ini, mereka berada di tempat salah," katanya.



"Ini adalah masa untuk bersatu, bukan berpecah." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >