PM Britain enggan tarik balik komen anggap cadangan Trump 'bodoh'
May 18, 2016 | 05:30 AM
LONDON: Perdana Menteri Britain David Cameron enggan menarik balik komennya yang menggambarkan cadangan calon presiden Republikan Donald Trump melarang kemasukan umat Islam ke Amerika Syarikat sebagai "memecah-belah, bodoh dan salah".
Beliau, bagaimanapun, komited akan mengekalkan hubungan istimewa dengan Amerika tidak kira siapa yang menang dalam pilihan raya presiden, kata jurucakapnya, Encik Dan York-Smith.