Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INISIATIF 'MALAYSIA DIGITAL'

PM Ismail Sabri lancar inisiatif pacu ekonomi digital M'sia

'Malaysia Digital' usaha strategik kerajaan bagi galak, tarik syarikat, bakat dan pelaburan
Jul 07, 2022 | 06:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, melancarkan Malaysia Digital, sebuah inisiatif bagi memacu pertumbuhan ekonomi digital negara demi manfaat Keluarga Malaysia.



Malaysia Digital atau MD merupakan inisiatif strategik nasional oleh kerajaan dalam menggalak dan menarik syarikat, bakat serta pelaburan bagi membolehkan perniagaan dan rakyat memainkan peranan penting dalam ekonomi digital dunia. Ia juga akan menggantikan Koridor Raya Multimedia (MSC).



MSC, yang ditubuhkan sejak 1996, telah berjaya mentransformasi dan mempelbagaikan ekonomi Malaysia daripada berasaskan pertanian, komoditi dan industri kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi komunikasi maklumat (ICT).



MD akan berfungsi secara holistik dalam mentransformasikan ekosistem ekonomi digital negara menerusi tiga keutamaan strategik iaitu:



  • Membantu memacu adaptasi digital dalam kalangan usahawan muda, syarikat dan rakyat;

  • Menyokong syarikat teknologi tempatan untuk menjadi 'Juara Malaysia' yang berjaya di peringkat antarabangsa; dan

  • Menarik pelaburan bernilai tinggi.

Dalam pelancaran pada Isnin lalu, Datuk Seri Ismail Sabri berkata MD dilancar bagi terus memacu ekonomi digital negara.



"Ia juga berperanan dalam meningkatkan penyertaan syarikat teknologi tempatan serta menarik pelaburan berpotensi, sejajar usaha merealisasikan aspirasi dan sasaran negara.



"Pada peringkat awal, dua pemangkin akan diperkenalkan di bawah MD iaitu program DE Rantau dan Digital Trade," kata Datuk Seri Ismail Sabri ketika berucap di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).



Datuk Seri Ismail Sabri berkata, DE Rantau bertujuan menjadikan Malaysia sebagai Hab Nomad Digital pilihan di rantau ini melalui peningkatan penggunaan digital, mobiliti profesional digital dan aktiviti pelancongan di seluruh negara.



Jelasnya, aktiviti nomad digital dalam negara akan memberi kesan limpahan yang bukan sahaja membantu memulihkan semula sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik.



"Ia juga akan merancakkan aktiviti perniagaan dan ekonomi tempatan di samping membuka peluang perkongsian pengetahuan serta pengalaman bersama komuniti setempat," katanya.



Beliau berkata, Digital Trade berperanan memacu e-Dagang dan adaptasi digital oleh perniagaan serta memudahkan perdagangan merentas sempadan, selaras Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang Kebangsaan (NESR).



"Digital Trade turut bertujuan menyokong pergerakan data yang lancar antara perniagaan untuk meningkatkan kecekapan, ketepatan dan kebolehpercayaan transaksi merentas sektor," katanya.



Beliau berkata, bagi memastikan pelaksanaan MD lebih berkesan, Kabinet bersetuju Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menubuhkan Jawatankuasa Koordinasi Malaysia Digital (MD-CC) untuk menyelaraskan tadbir urus dan operasinya, seperti penganugerahan Status MD.



Beliau yakin, menerusi keutamaan berkenaan, MD akan memacu lebih banyak program berimpak tinggi dan memberi impak langsung serta segera, khususnya kepada Keluarga Malaysia.



"Negara juga perlu melahirkan lebih ramai bakat dan tenaga kerja digital yang berdaya saing, infrastruktur yang serba lengkap dan terus memastikan keupayaan serta kapasiti negara kita kekal bertaraf dunia," katanya.



Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pemangkin dalam sektor pertanian sudah melaksanakan 10 projek perintis Digital AgTech untuk membantu petani mengadaptasi teknologi digital bagi meningkatkan hasil dan mengurangkan kos operasi.



Ketika itu, tegasnya, ekonomi digital Malaysia sudah mencapai 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun lalu dan dijangka berkembang melepasi sasaran awal sebanyak 25.5 peratus menjelang 2025.



Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata MD merupakan satu fasa baru untuk memacu ekonomi digital negara.



Ini bertepatan pada masanya sedang negara bergerak menghampiri pencapaian kesalinghubungan 100 peratus dengan kelajuan telah melepasi secara hitung panjang 40 megabit per saat (Mbps).



Tan Sri Annuar berkata sebelum ini Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad telah memperkenalkan satu inisiatif untuk menyambut kemunculan dunia teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT) dengan melancarkan MSC Malaysia pada waktu itu.



"MSC hanya ditumpukan pada satu jajaran kawasan tertentu di mana unsur-unsur ICT, syarikat-syarikat ICT mula menjejak kaki ke negara kita dan memainkan peranan memajukan dan membangunkan ekonomi. ICT dan kemajuan berkaitannya telah melalui satu fasa kemajuan pembangunan dengan pesat sekali.



"Pelancaran MD menandakan fasa baru, satu proses merekayasa, mencipta semula MSC dengan bukan lagi soal berkaitan ekonomi dan prasarana bagi membolehkan penyertaan rakyat berasaskan kalau dulunya sektor pertanian dan perbuatan,'' katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >