Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Ismail Sabri tidak mohon bubar Parlimen

Oct 07, 2022 | 03:32 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, untuk membubarkan Dewan Rakyat ketika majlis menghadap di Istana Negara.






Istana Negara dalam kenyataan di Facebook lewat Khamis malam (6 Okt), memaklumkan Agong berkenan menerima menghadap perdana menteri Malaysia itu untuk mesyuarat pra-Kabinet petang Khamis.


Menurut kenyataan itu, mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Agong untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri Malaysia itu berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.


Perkembangan terbaru itu, meredakan seketika desas desus dan spekulasi kononnya Parlimen (Dewan Rakyat) akan dibubarkan sebelum pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat petang (7 Okt).


Namun, tidak dapat dipastikan sama ada kepimpinan Umno yang diketuai presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, masih mahu mendesak supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan dalam tempoh terdekat selepas Bajet 2023 dibentang atau diluluskan kelak. – Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >