PM Jepun ikrar tingkat kawalan keselamatan menjelang sidang puncak G7

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Jepun ikrar tingkat kawalan keselamatan menjelang sidang puncak G7

Apr 17, 2023 | 5:30 AM

PM Jepun ikrar tingkat kawalan keselamatan menjelang sidang puncak G7

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
45ef4828-f84e-4925-9f07-20107c86f387
-

TOKYO: Jepun perlu bertindak secara menyeluruh bagi memastikan keselamatan orang kenamaan asing yang menghadiri sidang puncak kuasa perindustrian Kumpulan Tujuh (G7), kata Perdana Menteri, Encik Fumio Kishida.

Beliau berkata tindakan sama perlu dibuat bagi memastikan kesediaan semua pihak berada di tahap maksimum sempena penganjuran persidangan itu yang dijadual berlangsung pada Mei.

Katanya, sebarang tindakan keganasan perlu segera dibendung bagi memastikan ia tidak menyerang asas demokrasi Jepun.

Encik Kishida terpaksa menjalani protokol keselamatan selepas seorang suspek membaling suar di ruang legar ketika beliau sedang bersiap sedia untuk berucap di sebuah majlis dekat barat Jepun, pada Sabtu.

Insiden itu menggamit kembali kenangan ngeri pembunuhan mantan Perdana Menteri, Encik Shinzo Abe, yang ditembak dengan pistol buatan sendiri ketika berkempen pada pilihan raya Parlimen, Julai lalu.

Ahli politik Jepun dijadual berkempen bagi pilihan raya kecil untuk dewan rendah Parlimen, pada 23 April ini.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kabinet, Encik Hirokazu Matsuno, pada Ahad berkata polis sudah diarahkan untuk meningkatkan keselamatan, manakala kerajaan akan melakukan tindakan perlu bagi memastikan keselamatan Encik Kishida ketika mempengerusikan sidang puncak G7 di Hiroshima, Mei ini.

Menteri Luar G7 dijadual berkumpul pada Ahad, bagi menghadiri mesyuarat di bandar peranginan Karuizawa, manakala Menteri Alam Sekitar dan Tenaga kumpulan itu dijangka bertemu hujung minggu ini di Sapporo di utara Jepun. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg