Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PASCAPILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

PM, kerajaan masih berfungsi walau kerajaan baru belum dibentuk: Ismail Sabri

Nov 24, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri sementara Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan yang ada pada masa ini ialah kerajaan sementara di bawah kepimpinannya dan Kabinet sementara akan terus menjalankan tugas.



Beliau berkata demikian untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa sebuah kerajaan masih wujud, walaupun kerajaan seterusnya belum ditubuhkan.



Istilah seperti kerajaan sementara, Perdana Menteri sementara dan parlimen tergantung digunakan dengan meluas sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 dan selepasnya.



Di bawah ialah beberapa istilah tersebut dan maksudnya.



Perdana Menteri sementara



Beberapa peguam berkata tiada jawatan 'Perdana Menteri sementara' termaktub dalam Perlembagaan.



Bercakap kepada The Malay Mail, seorang peguam, Encik New Sin Yew, berkata di bawah undang-undang hanya ada satu definisi bagi Perdana Menteri, berdasarkan Artikel 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.



"Istilah Perdana Menteri sementara adalah istilah yang digunakan oleh orang tempatan dan menjadi popular digunakan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sekali lagi sebagai Perdana Menteri selepas beliau meletak jawatan," kata beliau.



Pensyarah kanan di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Encik Magesan R. Ayaloo, berkata Perdana Menteri sementara ialah seorang pemimpin yang mendukung peranan Perdana Menteri, walaupun beliau bukan seorang Perdana Menteri.



Beliau menambah bahawa Perlembagaan Malaysia itu tidak menyatakan secara khusus jawatan Perdana Menteri sementara.



Majoriti mudah



Apabila sesebuah parti politik memenangi lebih separuh daripada kerusi Parlimen yang dipertandingkan, parti itu dikatakan telah meraih majoriti mudah dan boleh menubuhkan kerajaan.



Pada PRU15, 222 kerusi Parlimen dipertadingkan, yang bermakna majoriti mudah ialah sekurang-kurangnya 112 kerusi, iaitu satu kerusi melebihi separuh daripada 222 (111).



Parlimen tergantung



Apabila tiada parti politik meraih majoriti mudah, parlimen dikatakan tergantung kerana tiada parti mendapat mandat rakyat yang mencukupi untuk membentuk kerajaan majoriti.



Kerajaan minoriti



Sebuah kerajaan masih boleh ditubuhkan oleh parti atau gabungan parti yang memenangi paling banyak kerusi Parlimen tetapi tidak memperoleh jumlah majoriti mudah.



Perlembagaan Malaysia tidak menyatakan dengan khusus majoriti mudah - atau sokongan lebih separuh Anggota Parlimen - diperlukan untuk membentuk kerajaan.



Sebagai contoh, pada PRU15, Pakatan Harapan (PH) menangi82 kerusi Parlimen, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi.



Kedua-duanya tidak mempunyai majoriti mudah.



Kerajaan yang diterajui gabungan parti yang mempunyai paling banyak kerusi Parlimen tetapi kurang separuh daripada jumlah penuh - sebagaimana keadaan selepas PRU15 - digelar kerajaan minoriti.



Pemerintah di Britain, Italy dan Perancis mengamalkan kerajaan minoriti.



Satu kepincangan kerajaan minoriti ialah ia akan menghadapi cabaran besar untuk meluluskan sebarang dasar kerana boleh ditentang hebat di Parlimen dek tidak menguasai Parlimen.



Ia juga bermakna kerajaan minoriti perlu mengadakan lebih banyak rundingan dan perbincangan dengan parti lain dalam Parlimen untuk bekerjasama dan mendapat persetujuan bagi sebarang keputusan yang ingin diambil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >