Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SIDANG PUNCAK ASEAN KE-42

PM Lee: Penting Timor-Leste bina keupayaan sebelum jadi anggota penuh Asean

Perancangan berperingkat bantu Timor-Leste jadi anggota penuh
May 12, 2023 | 05:30 AM



PROSESNYA mungkin berlarutan, tetapi Timor-Leste perlu melaluinya, termasuk menyetujui semua persetujuan Asean dan bina keupayaan sebelum diterima menjadi anggota penuh Asean.



Ini kerana usaha sertai Asean ialah satu tanggungjawab yang amat berat kerana Asean telah berkembang secara menyeluruh, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



"Kemahuan untuk menyertai (Asean) adalah satu perkara yang ditimbangkan, tetapi memastikan ini berlaku secara berkesan dan... secara menyeluruh adalah satu pertimbangan lain," kata Encik Lee.



Menurut Encik Lee ada sekitar 66 persetujuan Asean dan Timor-Leste perlukan masa untuk menyetujui kesemuanya sebelum diterima menjadi anggota penuh Asean.



Ia juga perlu bina keupayaan, supaya mempunyai pengetahuan dan kepakaran untuk menyertai pertemuan di peringkat Asean dan memberi sumbangan yang sewajarnya, termasuk menyokong kepentingan diri sendiri.



"Adalah amat penting Timor-Leste melengkapkan proses ini... supaya ia benar-benar anggota Asean apabila ia menyertai Asean (sebagai anggota penuh) dan bukan sekadar anggota separa atau bakal anggota," kata Encik Lee.



Beliau berkata demikian semasa bertemu media dari Singapura di akhir Sidang Puncak Asean ke-42 di Labuan Bajo, pada Khamis.



Sidang puncak dua hari itu dipengerusikan Indonesia, sebagai Pengerusi Asean tahun ini.



Kenyataan Pengerusi yang dikeluarkan pada Khamis menyatakan perancangan berperingkat, atau roadmap bagi menyokong Timor-Leste menjadi anggota penuh Asean telah diterima oleh Asean.



"Kami menggalak Timor-Leste mempergiat usaha membuat persiapan menjadi anggota Asean," kata kenyataan itu.



Timor-Leste diterima secara prinsip untuk menjadi anggota Asean pada 2022, membuka laluan bagi Perdana Menterinya, Encik Taur Matan Ruak, menghadiri Sidang Puncak Asean ke-42 sebagai pemerhati.



Singapura, yang menyambut ulang tahun ke-20 hubungan diplomatik dengan Timor-Leste pada 2022, terus memberi sumbangan kepada Timor-Leste untuk membina keupayaannya.



Menurut Encik Lee, sekitar 800 pegawai Timor-Leste telah menghadiri latihan di Singapura dan pegawai dari Singapura juga telah ke negara itu untuk mengadakan latihan.



Pada Disember 2022, Singapura melancarkan pakej latihan Sokongan Kesediaan Asean Singapura-Timor-Leste (Stars) yang dilancar pada Disember 2022, yang antara lain menawarkan pakej latihan bagi 300 pegawai Timor-Leste, merangkumi tujuh kursus.



Ini termasuk bagi pegawai sektor pendidikan, termasuk guru, pentadbir sekolah dan pegawai pendidikan teknikal dan vokasional.



Timor-Leste, yang mencapai kemerdekaan pada 2002, mempunyai sekitar 1.3 juta penduduk.



"Saya rasa mereka memerlukan lebih banyak masa... tapi, kami akan membantu mereka melaksanakannya seberapa cepat yang boleh," kata Encik Lee.




"Kemahuan untuk menyertai (Asean) adalah satu perkara yang ditimbangkan, tetapi memastikan ini berlaku secara berkesan dan... secara menyeluruh adalah satu pertimbangan lain.
... Adalah amat penting Timor-Leste melengkapkan proses ini... supaya ia benar-benar anggota Asean apabila ia menyertai Asean (sebagai anggota penuh) dan bukan sekadar anggota separa atau bakal anggota.
... Kami menggalak Timor-Leste mempergiat usaha membuat persiapan menjadi anggota Asean."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >