KETIBAAN Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong (kanan), di sidang puncak pemimpin negara Kumpulan 20 (G20) di Rome, Italy, semalam disambut oleh rakan sejawatannya, Perdana Menteri Italy, Encik Mario Draghi.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), agenda kepresidenan G20 kali ini didukung tiga tonggak utama "Rakyat, Planet, Kemakmuran" yang memberi tumpuan kepada memastikan respons pantas antarabangsa terhadap pandemik Covid-19.
Selain menyertai perbincangan G20, Encik Lee akan mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin negara lain di sisi sidang puncak itu.
G20 ditubuhkan pada 26 September 1999 sebagai forum baru untuk kerjasama dan rundingan dalam isu-isu yang berkaitan dengan sistem kewangan antarabangsa.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg