Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Malaysia Mahathir namakan tiga menteri kanan dalam Kabinet baru

May 12, 2018 | 05:32 PM



PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menamakan tiga menteri kanan dalam Kabinet baru beliau petang tadi (12 Mei), tiga hari selepas Pakatan Harapan (PH) yang dipimpinnya berjaya menewaskan Barisan Nasional yang telah memerintah negara itu selama enam dekad.



Setiausaha agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng, akan menerajui Kementerian Kewangan.



Sementara itu, Presiden Parti Amanah Negara, Encik Mohamad Sabu, pula akan memegang jawatan Menteri Pertahanan manakala Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.



Semalam, Tun Dr Mahathir berkata Kabinet itu akan merangkumi 10 kementerian utama – Kewangan, Dalam Negeri, Pertahanan, Pendidikan, Pembangunan Luar Bandar, Ekonomi, Kerja Raya, Pengangkutan, Luar Negeri serta Multimedia, Sains dan Teknologi.



Bagaimanapun, beliau tidak mengumumkan baki tujuh menteri.



“Kami sedar kebanyakan daripada kami tidak berpengalaman atau kurang berpengalaman mengendali sebuah kerajaan. Tentunya, kepakaran ini harus datang daripada mereka yang mempunyai pengalaman mengendali kerajaan sebelum ini,” katanya.



Oleh itu, Tun Dr Mahathir berkata sebuah majlis penasihat yang dianggotai pakar ekonomi dan ahli akademik termasuk mantan menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, mantan gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, jutawan Tan Sri Robert Kuok, mantan ketua Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican dan pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram.



Menurut manifesto pilihan rayanya, PH telah berjanji bahawa Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan Menteri Kewangan seperti dalam kerajaan sebelum ini.



Selain itu, Jabatan Perdana Menteri juga akan mempunyai tiga menteri sahaja berbanding 10 menteri sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >