SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

PM M'sia umum barisan kabinet baru, empat menteri kanan dinamakan

PM M'sia umum barisan kabinet baru, empat menteri kanan dinamakan

Mar 9, 2020 | 6:13 PM

PM M'sia umum barisan kabinet baru, empat menteri kanan dinamakan

Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kabinetnya pada lewat petang Isnin (9 Mac), menamakan empat menteri kanan. - Foto EPA-EFE
Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kabinetnya pada lewat petang Isnin (9 Mac), menamakan empat menteri kanan. - Foto EPA-EFE -

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kabinetnya pada lewat petang Isnin (9 Mac), menamakan pemimpin dari setiap komponen Perikatan Nasional (PN) untuk menyertai kabinet, tanpa melantik sesiapa sebagai timbalan menteri.

Tan Sri Muhyiddin, yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, membentuk empat jawatan menteri kanan dan membuat pengumuman itu dalam satu sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di televisyen.

Bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik Menteri Kanan merangkap Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Naib presiden Umno, Ismail Sabri, dilantik Menteri Kanan merangkap Pertahanan.

Naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik Menteri Kanan merangkap Kerja Raya.

Menteri Kanan yang terakhir adalah Dr Mohd Radzi Md Jidin dari Bersatu, yang juga dilantik sebagai Menteri Pendidikan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg