Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM M'sia gesa BN elak berpecah fokus tentang pembangkang

Jul 03, 2022 | 05:30 AM



KOTA KINABALU: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan beliau adalah Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN), justeru sebarang tindakan 'menyerangnya' bermakna melemahkan kepimpinan gabungan politik itu.



Datuk Seri Ismail berkata, beliau juga adalah Perdana Menteri yang memimpin Kerajaan Persekutuan pada masa ini dan sebarang perbuatan 'menyerang' kerajaan adalah umpama menyerang kerajaan pimpinan BN.



"Sebenarnya malam ini (kelmarin) saya tidak berucap, sepatutnya saya diberi slot esok (di Konvensyen BN Sabah) tetapi saya minta maaf tidak dapat hadir… saya berucap malam ini walaupun lima minit sebab dah ada orang kata Perdana Menteri disekat daripada berucap di Konvensyen BN Sabah.



"Apa yang berlaku malam ini jelas menunjukkan bahawa pihak di luar sedang cuba memecahbelahkan perpaduan sesama kita," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ahli Dewan Tertinggi BN Bersama Kepimpinan BN Sabah di Bangunan Umno, Karamunsing di sini, malam kelmarin.



Majlis itu turut dihadiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup, dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.



Datuk Seri Ismail berkata, ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hangat diperkatakan, pihak luar semakin rancak cuba memecahbelahkan perpaduan dalam BN.



Justeru, beliau mengingatkan semua ahli BN supaya sentiasa berusaha ke arah merapatkan perpaduan sesama sendiri serta meletakkan fokus yang jelas untuk menentang pembangkang dan bukan 'menyerang' sesama sendiri.



"Jadi, apa sebab kita menyerang sesama sendiri kecuali kita nak berperang sesama sendiri dalam pemilihan parti.



Sebab itulah 'pembunuhan karakter' berlaku sebab kita nak 'bunuh' sesama sendiri kerana akan berlaku pertandingan sesama kita.



"Tetapi apabila kita sudah tentukan tidak akan berlaku pertandingan sesama kita tetapi akan berlaku PRU dulu, patut fokus kita mesti ke arah PRU, bila PRU itu kita akan bincang, saya akan bincangkan dengan kepimpinan tertinggi Umno, bincang dengan kepimpinan BN, waktu itu kita putuskan," katanya.



Sementara itu, Datuk Seri Ismail semalam menafikan dakwaan wujud dua kem dalam kepemimpinan parti berkenaan yang heboh diperkatakan susulan pendedahan Ahli Parlimen Pasir Salak (Perak), Datuk Seri Tajuddin Rahman, selepas digugurkan selaku Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.



Dikatakan satu daripada kem itu didakwa menyokong Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, dan satu lagi kem menyokong kepemimpinan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail.



"Kem (dalam Umno)? Mana ada kem. Hanya satu kem dalam Umno," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Ke-42, di Kuala Lumpur semalam - sekaligus menyangkal tanggapan yang dibuat beberapa penganalisis politik negara itu yang telah dilaporkan media sejak beberapa hari lalu. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >