Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM M'sia Muhyiddin ada hasrat bubar Parlimen, adakan Pilihan Raya selepas pandemik tamat

Nov 28, 2020 | 8:31 PM
INGIN KEMBALIKAN MANDAT RAKYAT: Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberi jaminan mandat rakyat akan dikembalikan untuk memilih kerajaan menerusi Pilihan Raya Umum sebaik sahaja pandemik Covid-19 berakhir di negara itu. - Foto EPA-EFE/ZARITH ZULKIFLI
INGIN KEMBALIKAN MANDAT RAKYAT: Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberi jaminan mandat rakyat akan dikembalikan untuk memilih kerajaan menerusi Pilihan Raya Umum sebaik sahaja pandemik Covid-19 berakhir di negara itu. - Foto EPA-EFE/ZARITH ZULKIFLI -

KUALA LUMPUR: PERDANA Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan mandat rakyat akan dikembalikan untuk memilih kerajaan menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebaik sahaja pandemik Covid-19 yang sedang dihadapi negara berakhir.

Akhbar Sinar Harian melaporkan, beliau berkata, jika tidak memikirkan keadaan kes Covid-19 yang membimbangkan ketika ini, beliau sendiri bercadang untuk mengambil langkah supaya Parlimen dibubarkan.

"Ada yang berpendapat Belanjawan 2021 perlu ditolak untuk membolehkan Pilihan Raya Umum diadakan. Tak perlulah buat begitu. Kalau tanya saya, mungkin semalam lagi saya menasihatkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya bubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihan raya diadakan.

"Tetapi kita semua tahu masalahnya ialah Covid-19. Insya-Allah, jika diizinkan Allah apabila pandemik Covid-19 berakhir, kita adakanlah pilihan raya umum.

"Kita kembalikan mandat kepada rakyat, dan biarlah rakyat buat keputusan untuk memilih kerajaan yang mereka mahu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2020 yang dilakukan secara maya dan dipancarkan secara langsung melalui Facebook parti itu pada Sabtu (28 November). - SINAR HARIAN

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg