PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kembali ke pejabat hari ini setelah selesai jalani tempoh kuarantin 14 hari.
Tugas pertama yang dilaksanakan adalah dengan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong menerusi sidang video.
Tan Sri Muhyiddin kemudian mempengerusi mesyuarat Kabinet mingguan bersama semua menteri yang hadir.
Mesyuarat minggu ini dilakukan menerusi sidang video bersama menteri Kabinet yang duduk di dua bilik berasingan di bangunan Perdana Putra.
Ini merupakan kali pertama mesyuarat Kabinet dilakukan menerusi sidang video, untuk memastikan jarak selamat dan penjagaan kesihatan baik diamalkan.
Tan Sri Muhyiddin menjalani kuarantin setelah seorang pegawai yang hadir di pasca-mesyuarat Kabinet pada 20 Mei lalu diuji positif Covid-19.
Namun, perdana menteri itu terus melaksanakan tugas rasminya di rumah sepanjang tempoh kuarantin.
Pada 3 Jun, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Perdana Menteri dan mereka yang lain yang telah menghadiri pos-mesyuarat Kabinet diuji negatif pada hari ke-14 pengasingan mereka dan dibenarkan untuk pulang ke kerja. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg