KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan hari ini, sejajar dengan program vaksinasi yang dijadualkan bermula hujung bulan ini.
Perkara itu diumumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid- 19 (JKJAV), dalam kiriman yang dimuatnaik di Facebook rasminya semalam.