Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM NZ jalani kuarantin; nasib warga 'terperangkap' di Afghanistan dapat sorotan

Jan 31, 2022 | 5:30 AM
CIK ARDERN: Terdedah kepada orang yang dijangkiti Covid-19.
CIK ARDERN: Terdedah kepada orang yang dijangkiti Covid-19. -

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, menjalani kuarantin hari ini ketika negara itu merekodkan 103 jangkitan Covid-19 baru dan kawalan sempadannya yang ketat mendapat sorot selepas seorang wartawan hamil warga negara itu mengatakan beliau terperangkap di Afghanistan.

Cik Ardern, dalam kuarantin sehingga Selasa, menjalani ujian koronavirus selepas terdedah kepada orang yang dijangkiti.

Wartawan, Cik Charlotte Bellis, berkata dalam artikel di New Zealand Herald bahawa beliau tidak boleh pulang ke negaranya dan masih berada di Afghanistan.

"Apabila Taliban menawarkan perlindungan kepada anda - seorang wanita hamil yang belum berkahwin - sebagai tempat selamat, anda tahu bahawa keadaan anda sedang kucar-kacir," tulis Cik Bellis, mengatakan beliau terperangkap bersama 'pasangannya' dari Belgium.

Permohonannya ditolak kerana ia adalah untuk perjalanan di luar tempoh yang dibenarkan 14 hari selepas permohonan, pegawai imigresen dan kesihatan memberitahu akhbar itu.

Mereka dipetik sebagai berkata, kes itu memerlukan penjelasan lanjut dan Cik Bellis 'dijemput' untuk memohon semula dalam tempoh 14 hari.

Ketua Pengurusan Isolasi dan Kuarantin New Zealand, Encik Chris Bunny, memberitahu akhbar itu bahawa jabatan itu belum menerima pengesahan bahawa Cik Bellis berhasrat untuk menunda penerbangannya ke hadapan.

"Beliau memilih tarikh perjalanan di luar tempoh yang dibenarkan 14 hari selepas permohonan kerana kekurangan penerbangan keluar dari Kabul dan untuk 'memberi kami masa untuk membuat rayuan jika kami ditolak'," katanya.

Sempadan New Zealand telah ditutup kepada warga asing sejak Mac 2020.

Kerajaan menolak rancangan untuk pembukaan semula berperingkat dari pertengahan Januari hingga akhir Februari kerana bimbang terhadap kemungkinan wabak Omicron, seperti di negara jiran Australia. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg