Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM NZ kritik filem fokus pada peranannya semasa tangani serangan masjid di Christchurch

Jun 15, 2021 | 05:30 AM



WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, semalam mengkritik pembikinan filem yang memaparkan tindak balasnya terhadap insiden serangan berdarah di masjid Christchurch pada 2019 dengan menyifatkannya "ini bukanlah masanya".



Filem bertajuk They Are Us (Mereka adalah kami) yang disokong Amerika Syarikat itu menimbulkan kritikan hebat dalam kalangan umat Islam di New Zealand dengan pemimpin komuniti membantah projek didakwa sebagai naratif 'penyelamat kulit putih'.



Cik Ardern berkata, serangan membabitkan lelaki kulit putih yang bersenjata di dua masjid ketika solat Jumaat itu, yang membunuh 51 orang dan 40 yang lain cedera, kekal sebagai "luka yang masih belum dapat diubati" warga di negara itu.



Beliau mendakwa, pembuat filem yang dibintangi pelakon Australia, Rose Byrne, itu tidak pernah berunding dengannya,



"Pada pandangan saya, yang juga pandangan peribadi, ia adalah sangat awal.



"Saya rasa banyak lagi cerita yang boleh disampaikan dan bukanlah saya yang menjadi antara subjek yang ditonjolkan. Ada cerita mengenai masyarakat dan cerita keluarga," katanya kepada TVNZ.



Cik Ardern sebelum ini dipuji kerana mempamerkan sikap empati ketika menangani tragedi serangan yang terburuk dalam sejarah moden New Zealand, seperti memakai skaf kepala ketika bertemu keluarga mangsa.



Judul filem itu merujuk kepada ungkapan diutarakan dalam ucapannya apabila kekejaman itu berlaku dan beliau juga memberi sokongan penuh terhadap masyarakat Islam selain mengetatkan undang-undang senjata api.



Sebelum ini, satu petisyen daripada Persatuan Belia Islam Nasional dikemukakan untuk menghentikan penerbitan filem itu, malah ia berjaya mendapat lebih 58,000 tandatangan.



Mereka mendakwa, filem itu mengabaikan mangsa serta mereka yang selamat, sebaliknya terlalu fokus terhadap tindakan seorang wanita berkulit putih. Malah, komuniti Muslim juga tidak diperjelaskan mengenai projek yang skripnya ditulis penulis skrip New Zealand, Andrew Niccol.



"Entiti dan individu tidak seharusnya mengkomersialkan atau memperoleh keuntungan daripada tragedi yang menimpa masyarakat kita dan kekejaman itu tidak perlu disensasikan," kata pengerusi persatuan itu, Haris Murtaza. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >