Topik diikuti
Pergi ke BHkuPM: SAF lanjut ikuti pakatan perang ISIS hingga 2018
1 of 2
Oct 25, 2017 | 5:30 AM
PM: SAF lanjut ikuti pakatan perang ISIS hingga 2018
SINGAPURA akan melanjutkan hingga tahun depan sokongannya kepada pakatan pimpinan Amerika Syarikat yang menentang kumpulan pengganas ISIS, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Beliau memberikan komitmen itu kepada Presiden Amerika, Encik Donald Trump, semasa pertemuan mereka di Rumah Putih di Washington, kata Encik Lee dalam satu sidang media bersama selepas pertemuan tersebut kelmarin (waktu Amerika).