Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Slovakia ditembak sejurus selepas mesyuarat pemerintah

May 16, 2024 | 02:34 PM



HANDLOVA (Slovakia): Perdana Menteri Slovakia, Encik Robert Fico, ditembak beberapa kali selepas mesyuarat Kabinet pada 15 Mei.


Beliau dikejarkan ke hospital dengan kecederaan yang mengancam nyawa, kata pegawai, dalam satu serangan yang dikecam oleh ketua Kesatuan Eropah (EU).

Encik Fico, seorang pemimpin populis yang dituduh mesra Kremlin, telah menjadi perdana menteri sejak 2023.

“Hari ini (15 Mei), selepas mesyuarat pemerintah di Handlova, terdapat cubaan membunuh Perdana Menteri Republik Slovakia, Robert Fico,” pemerintah negara itu menyatakan dalam satu hantaran di media sosial.

“Beliau kini dibawa dengan helikopter ke Banska Bystrica (bandar di tengah Slovakia) dalam keadaan yang mengancam nyawa, kerana perjalanan mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke (ibu kota) Bratislava untuk mendapatkan rawatan rapi,” kata hantaran itu.

Encik Fico ditembak beberapa kali, tulis satu hantaran di laman rasmi Facebook beliau.

“Kami mengesahkan serangan ke atas Perdana Menteri,” kata jurucakap polis, Encik Matej Neumann, kepada AFP.


Pengarah hospital tempatan Handlova, Cik Marta Eckhardtova, berkata: “Fico dibawa ke hospital kami, dan beliau dirawat di klinik pembedahan vaskular kami.”


Akhbar harian Dennik N berkata wartawannya mendengar beberapa tembakan dilepaskan dan kemudian melihat anggota keselamatan mengangkat Perdana Menteri itu yang rebah dan masuk ke dalam sebuah kereta.


Akhbar itu turut melaporkan polis telah menahan lelaki yang disyaki bersenjata itu.

Presiden Slovakia, Cik Zuzana Caputova, berkata beliau “sangat terkejut dengan serangan kejam dan melulu hari ini (15 Mei) terhadap Perdana Menteri Slovakia... perbuatan yang saya kecam sekeras-kerasnya”.

“Saya mendoakan beliau kuat dalam masa genting ini dan segera pulih,” tulisnya di wadah media sosial, X.


Perdana Menteri Republik Czech, Encik Petr Fiala, turut menyifatkan berita serangan itu sebagai “mengejutkan”.


“Saya harap Perdana Menteri akan sembuh secepat mungkin. Kita tidak boleh bertolak ansur dengan keganasan; ia tiada tempat dalam masyarakat,” katanya di X.


Perdana Menteri Poland, Encik Donald Tusk, berkata: “Robert, anda dalam fikiran saya pada saat yang sangat sukar ini.”


Selain berkhidmat sebagai perdana menteri sekarang, Encik Fico juga mengetuai pemerintah pada 2006 hingga 2010 dan 2012 hingga 2018.

Sejak beliau dipilih pada Oktober, Encik Fico telah membuat beberapa kenyataan yang telah menjejas hubungan antara Slovakia dengan negara jiran, Ukraine.


Beliau telah mempersoalkan kedaulatan Ukraine dan menyeru untuk berkompromi dengan Russia.


Beliau juga mencetuskan bantahan besar-besaran dengan perubahan kontroversi, termasuk undang-undang media, yang menurut pengkritik, akan menjejas kesaksamaan televisyen dan radio awam.


Pada sidang akhbar selepas penembakan itu, Encik Lubos Blaha, dari parti Smer yang diketuai Encik Fico, menyelar pengkritiknya.


“Anda, media liberal, dan ahli politik progresif harus dipersalahkan,” kata Encik Blaha.


“Robert Fico berjuang untuk hidupnya kerana kebencian anda.” – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >